Selasa, 28 Disember 2010

Insya Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

 Apa khabar semua pembaca?? Kepada pembaca yang sudi singgah ke blog ini, walau sekadar melayang sejenak,, atau merelakan matanya mengintai sesaat di sini,,dan seluruh umat Islam, penghuni bumi doakan semoga sihat dan dipelihara iman olehNYA sentiasa.

Hampir dua minggu penghuni bumi berada di bumi UKM bagi sem 4 ni, dan berusaha untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang masih berbaki 2 tahun lagi..Buat masa ni masih boleh bergoyangan kaki, makan2 sambil menonton drama movie suka suki, dan penghuni bumi akan "memanfaatkan" masa ni dengan baik sekali,,sebab lepas ni akan terima tugasan2 setimpal mungkin dan penghuni bumi merasa risau macam mana nak bahagikan masa nanti..huhu

Selepas selesai mendaftar semua kursus dan tutorial yang perlu diambil sem ni,,rasa macam berat sangat nak teruskan. Hari2 full dengan kelas,,Dan nampaknya tiap2 minggu kena berlari kejar bas nak pergi ke kelas yang berjarak jauh kerana masa yang begitu suntuk,,huhu..

Oh,,jangan mudah mengalah wahai penghuni bumi! Think positive..lari hari2 pun tak pe,,badan sihat otak cergas, buat apa pun pantas!
Ok lah, sebenarnya penghuni bumi nak share lirik lagu Insya Allah nyanyian Maher Zain. Bila moody je dan ada masalah yang rasa macam susah nk settle,,penghuni bumi akan dengar dan hayati lagu ni..lepas dengar akan rasa bersemangat, macam sekarang,rasa semangat untuk makan..hehe. Jom sama2 hayati lirik lagu ni..

Everytime
you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you see is night
and darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you'll find your way

Everytime
You can make one more mistake
You feel you can't repent
And that its way too late
You're so confused
wrong decision you have made
Haunt your mind
and your heart is full of shame
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah 2x
Insya Allah you'll find your way
Insya Allah 2x
Insya Allah you'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way 3x

Insya Allah 2x
Insya Allah we'll find the way

Insya Allah 2x
Insya Allah we'll find the way

Insya Allah 2x
Insya Allah we'll find the way

Insya Allah 2x
Insya Allah we'll find the way

note: Insya ALLAH and Thank You ALLAH!

p/s : bila jiwa kacau,,bacalah al-Quran,,berdoalah padaNYA..

Sabtu, 13 November 2010

Jom Balik Kampung

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...segalanya 
sudah selesai kt sini,
exam dh habis, kemas2 brg, angkut brg2 semua dh siap..
tunggu masa nk naik bas je...
nak balik kampung!!
Sukanye, sukanye...
MySpace
Tak sabar nak balik kampung nih..
Semoga perjalanan malam ni selamat..aamiin..
Kepada sape2 yg nak balik pun moga selamat jgk ye..
yg dh balik pulak, alhamdulillah dh sampai
umah ye...mesti seronok ea..

Ok lah, tak nak nulis panjang2,
tangan dan jari ku sudah penat..
Sape2 yg duk mengurung dlm bilik lg tu (pelajar ukm)
balik2 la ye...
rumah dan seluruh isinya
tengah menanti..


note : jom balik kampung.....
mak ayah tengah merindui =)

Jumaat, 12 November 2010

Sayang Faruqi..Tahniah! ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..selesai sudah perjuangan yg sementara, final exam dis sem. Rasa lega sangat sebab dh habis. Tunggu sem depan plak..Dah habis usaha, tawakkal kt Allah je lh. Semoga dapat keputusan yg x mengecewakan (aamin..).

Ok, berbalik pada tajuk. Ptg tadi tengah jalan2, daki2 bukit ukm ni, nk balik bilik, dapat panggilan dari Faruqi... pelik jugak nape la budak ni call waktu2 begini..biasanya lepas isyak baru call. Perbualannya x lebih tapi kurang mcm ni :
Faruqi: "assalamualaikum kak irah, buat gapo"
Penghuni bumi : "waalaikumussalam..kak tengoh daki bukit ni. Ado gapo?"
Faruqi : " kak daki gunung everest ko?" ~ (buat lwak plak bdk ni)
Penghuni bumi: "bukit ukm lah,sini mana ado gunung everest. Qi nk oyak gapo ni call kak?"
Faruqi: "hehehe..kak rah, Qi nk oyak Qi buleh 5A. Td Qi gi sekoloh tengok result.hehe..ayah wi hadiah roti   canai..hehe."

OK, cukup setakat tu..nk tulis semua panjang..Sobonarnyo dh tahu result UPSR keluar hari ni,,lupa plak nk call awal2 td..So, akak ucap tahniah buat Qi..nanti besok akak keluar gi beli hadiah untuk Qi (duit dh kureng,huhu)..Buleh plak budak ni cakap ayah bg hadiah roti canai..tu belanja makan la adik oi...nanti ayah kasi la hadiahnye (pakaian sekolah baru,beg baru, kira hadiah ler tu)..pape je lah..

Nak beli ape ye esok..kena beli brg yg murah2 je nampaknya tapi pling penting brg tu bermanfaat. Hmm...mata dah ngantuk ni..sebelum tido, sekali lg, tahniah buat Qi, semoga Qi teruskan kejayaan dalam menghadapi ujian2 seterusnya juga ujian dalam kehidupan. I know u can do it! Akak sayang Qi!

sayang kamu =)

p/s untuk Qi : 
1- sebelum azan tgk jam dulu dh masuk waktu ke belum ye dik..kesian kt makcik2 pakcik2 kt kmpung..tgh asyik duk buat keje,kena tgglkan keje tergesa2 nk g surau..

2- jgn asyik main game je..rosak laptop tu..ade faham??


note : Tahniah buat adik2 kat luar sana yg berjaya  dalam UPSR x 
kira lh dapat bape A, sebab
adik2 semua dah usaha yg terbaik.
Perjalananmu masih panjang.


Isnin, 8 November 2010

Lagi satu....

بسم الله الرحمن الرحيم

Celik pejam, celik pejam, celik balik
rupanye ade 2 hari lagi untuk
mengulangkaji subjek last.

Ada satu subjek je lagi..
teruskan usaha wahai penghuni bumi.

Walaupun penghuni bumi mendapat cuti yang panjang
1 minggu untuk muraja'ah satu subjek,
tapi ini lah yg menjadi ujian bg
penghuni bumi.

 Untuk yg terakhir ini lah
menjadikan penghuni bumi seorang
penghuni bumi UKM yg malas...............
Ape sebab??
Jawapannya : cuti yang paaaaaaanjang + 1 subjek jeh = malas

MALAS tue bukan maknanya tidur memanjang.
Tapi buat menda lain...
bendo pekdoh + bendo tok pekdoh
Last minute cm ni baru penghuni bumi menggelabah ye..
mula la menyibukkan diri dengan
segala nota yg ada..
MySpace
Sebenarnya belum terlambat lg (bg semangat tuk diri sendiri)
masih sempat untuk ulangkaji...

OK, CAIYOK3
AJA-AJA FIGHTING!

Ada lagi satu je..jangan mengalah!
Lagi satu, lagi satu, satu lagi!
MySpace
Buat sahabat2 UKM
yg bakal menduduki last exam
iaitu :
Subjek : Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan
Tarikh : 10hb Nov 2010 
Masa : 15:30 p.m
Tempat : DT Abdullah M.Salleh

Semoga Antum wa Antunna
Berjaya!

notes : berjuanglah sehingga luntur tenaga kamu di hari esok dan selepasnya. hadapilah ujian dengan baik. berdirilah dengan jati diri yang teguh! kamu mampu! Good luck! Doaku mengiringi perjalanan mu..


Sabtu, 6 November 2010

Tolong sampaikan pada si dia..

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan hartanya..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang
Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang
terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau
bertemu diriku suatu hari nanti...




Jumaat, 5 November 2010

Aku tahu....

Sahabat,
aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,

aku
juga bukan insan
teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,
aku
lemah untuk itu,
aku
juga tidak akan
menjadi si dia yang hebat
untuk mu,
aku
 hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi
sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu
tika engkau lesu,

tetapi,
terkadang aku meminta darimu,
namun tidak perlu
diri mu menjadi
pemberi ku
penuhi hasratku,
kerana aku bukanlah
orang penting bagimu,
penuh rahsia mu,
namun aku bukan telinga
buat mu, kerana
aku bukan kepercayaan mu,

adakalanya aku
menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerana aku
tidak sehebat sahabat mu
di situ,

dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku
kerana
pinta menjadi temanku,
sedang aku
tidak layak buat mu
duhai sahabat ku..




Khamis, 4 November 2010

Teknologi Pendidikan {4} [Video]

Salam..
N3 ni pun berkaitan dgn
kursus techno..
wajib post ye..
yg ni bukan gambar ke ape tp video dr u-Tube..

Video pertama ni pasal IPAD..
video




Video kedua ni pula iklan TV3..
al-kisahnya pasal kongsi raya..
patut ke x patut??
Iklan ni dikatakan telah menyebabkan ramai penonton2
yg beragama Islam tidak berpuas hati
dan memaksa pihak tertentu supya tidak
menyiarkan iklan ini krn
ape?? Fikir sendiri..
Firman Allah s.w.t yg bermaksud :
"SESUNGGUHNYA AGAMA DISISI ALLAH IALAH ISLAM"
.
.
video

Dua video je dpt post hari ni..
lain kali pula ye..
SELAMAT MENONTON =)



Teknologi Pendidikan {3} [Gambar Model BBM]

Assalamualaikum..
Ni nak tunjuk sikit je gambar model BBM 
yang dicipta oleh saya sendiri :-D
untuk memenuhi kehendak 
kursus techno..
Model ni berkenaan dgn haji..

sape nk tahu hitam putih
kuning tu ape,,kena tgk sendiri
model sebenar..hakhakhak



Tiga udah cukup ye..
Tak boleh tunjuk bnyk2 gmbrnye..sebab x cantik..huhu

HAK CIPTA TERPELIHARA


Isnin, 25 Oktober 2010

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum semua =)
dah berminggu-minggu penghuni bumi x update blog.
sebab 
penghuni bumi tgh sibuk
memikirkan masalah bumi
ulang kaji, siapkan assigmnt yg bertimbun.
knp bertimbun??
sebab asyik tangguh je..
bukan sbb malas tau..
hehe..

ok..berbalik kepada tajuk..
SAYA a.k.a penghuni bumi dengan ini 
mengumumkan
.
.
.
.
.
.
.
.
PEPERIKSAAN AKHIR SEM INI
BERMULA ESOK HARI / 25/10/2010
.
.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SALAM IMTIHAN
SEMOGA BERJAYA..


p/s : kepada semua yg bakal menghadapi exam.

notes : hadapilah hari2 dgn tabah dan penuh bersemangat..
yakinlah Allah sentiasa bersamamu..




Jumaat, 15 Oktober 2010

Just for all my best friend ^_^

You're the friends i know i can act like 
a complete idiot with
and
NO MATTER WHAT 
you will stand there laughing with me.

You're the friend that i can get 
completely mad at,
and then having you stand there with a funny face
completely ignoring the fact that i'm mad at you,
and just burst out laughing.

You're the friend that i can trust with
EVERYTHING,
There isn't a thing in the world
i would doubt,
telling you about because i 
TRUST you
with my WHOLE heart.

You're the friend that has been through
ROUGH
times with me,
and we still come out standing
STRONG.

You're the friend that i would run to if in
trouble.

You're the friend that has
ALWAYS 
tried to help me out,
and well,
you know what?
You're a person that i consider
MY BEST FRiEND..





p/s : ukhuwwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.

Khamis, 14 Oktober 2010

Tak tahu.....

Assalamualaikum..
Tak tahu nak tulis title ape..
sebab bukan nak citer pape..
just nak luah kat my blog ni...
sesungguhnya saya.....

...stress...

MySpace
tapi itu tadi...
sekarang tak dah..
cuma rasa penat sangat...
nak tido...
confirm lena cam ni ha...
jgn ganggu saya mau tido...


p/s : jgn tangguhkan kerja.

Rabu, 13 Oktober 2010

IkLaaaaaaannnnn!!!!!!!

NI NAK POST BANNER TENTANG FORUM
YG HAMPIR TIBA..
jom pakat gi ramai2 =)
MySpace

Selasa, 12 Oktober 2010

Kisah Persahabatan

Di sebuah kampung ada 3 sahabat karib yg bernama Husin, Hisham dan Hasan. Mereka begitu akrab sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Mereka saling bantu-membantu dan sedia mengharungi senang dan susah bersama. Masing-masing sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga.

   Menjelang sambutan hari raya, salah seorang daripada mereka mengalami nasib tidak baik. Keluarga Hasan tidak mampu membuat persiapan hari raya kerana kemiskinan.

   Pada suatu pagi, isterinya berkata, "Abang, kita ini tabah menghadapi ujian tetapi bagaimanakah dengan anak-anak yang mesih kecil, yang tidak tahu apa-apa. Saya kasihan melihat keadaan mereka."

  Sambung isterinya lagi, "Kasihan anak kita. Pada pagi raya, kanak-kanak lain berpakaian cantik tetapi anak kita, mereka terpaksa memakai pakaian yang koyak dan lusuh. Saya rasa bangga jika dapat menyediakan pakaian baru untuk mereka. Saya ingin melihat mereka gembira dan bahagia, abang."

  Hasan memandang isterinya dengan wajah sayu. Tiba-tiba dia mendapat idea. Dia hendak mengirim surat kepada sahabatnya yang bernama Hisham. Hisham tentu dapat menolongnya. Dia pun menulis surat kepada sahabatnya itu untuk meminjam wang.

   Tidak berapa lama kemudian, Hisham menerima surat daripada Hasan. Dia berasa sedih dengan penderitaan sahabatnya itu. Tanpa berlengah lagi, dia membalas surat Hasan. Di dalam sampul surat itu juga terkandung wang sebanyak 100 dirham.

   Hasan berasa gembira apabila Hisham sudi menolongnya dengan memberi wang yang banyak. Tetapi, tiba-tiba Husin datang ke rumahnya. Husin mengadu nasibnya yang miskin sama seperti yang dialami Hasan.

  Hasan berkata kepada Husin yang bersedih, "Husin, kamu ambillah wang ini buat menyelesaikan masalah yang kamu hadapi."

   Husin memandang Hasan dengan hairan. Hasan menghulur kepadanya sampul yang mengandungi wang. Husin terharu dengan pemberian itu lalu berkata, "Terima kasih, Hasan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kamu sekeluarga."

   Selepas memberi wang kepada Husin, Hasan pun keluar dari rumahnya menuju ke masjid. Dia malu dengan isterinya kerana duit yang diterima daripada Hisham sudah diberikan semuanya kepada Husin. Isterinya tidak tahu mengenai perkara itu.

   Selepas beberapa hari tidur di masjid, Hasan pulang ke rumah. Dia menceritakan perkara yang sebenarnya. Hasan beruntung kerana memiliki isteri yang baik dan memahaminya. Isterinya tidak memarahinya atas keputusan yang diambil.

   Semasa Hasan duduk dan memikirkan cara bagi mengatasi masalahnya, tiba-tiba datang sahabatnya, Hisham ke rumahnya. Hisham datang sambil membawa sampul yang pernah dikirimkan kepada Hasan dahulu. Hisham bertanya kepada Hasan, "Hasan, ceritakan kepada saya mengenai sampul yang berisi duit yang pernah saya berikan kepada saudara. Apakah yang terjadi sebenarnya?"

    Hasan menceritakan situasi sebenar yang berlaku. Apabila mendengar kata-kata Hasan, Hisham berkata, "Hasan, apabila kamu mengirimkan surat bantuan daripada saya, saya memberikan semua wang saya. Sedangkan itu sahaja wang yang saya miliki. Kemudian, saya menceritakan kepada Husin berkenaan masalah saya yang tidak mempunyai wang. Husin berjanji akan menolong saya. Rupa-rupanya, wang yang diberikan kepada saya adalah wang saya sendiri yang sudah saya berikan kepada saudara."


   Akhirnya, mereka membahagikan wang itu kepada tiga bahagian. Kisah 3 sahabat itu sampai ke pengetahuan raja negeri itu. Raja memanggil mereka bertiga dan meminta mereka menceritakan keadaan sebenar. Selepas memahaminya, raja memerintahkan kepada menterinya supaya memberikan 7000. Masing-masing mendapat bahagian sama rata.

sekadar gambar hiasan~copy paste dr tenet~

tuk kwn2 geng = sayang sama kamu =)

Khamis, 7 Oktober 2010

Teknologi Pendidikan {2} [Kulit Buku]

Wajib post ni....
Ada dua gambar kulit buku yg tak Da Bomb. 
Tapi tak pe, yg penting USAHA.

Tunggu punya tunggu masih belum
dapat tunjuk kat lecturer,
Nampaknya tak boleh edit,,
(ingat nak edit dulu baru post kt blog ni)..
Tapi tak pe,
post je lah..



Ada dua..
Tak tahu yg mana satu nak tunjuk..
~apa-apa aje~

Saya BBB = Budak Baru Belajar ^_^

Isnin, 4 Oktober 2010

Belasah rakan angkara facebook

 Assalamualaikum..balik dari kelas tadi saya sempat membaca myMetro nak tahu apa berita hari ini..(dah lama tak baca,huhu). Buka je myMetro, mula2 sekali saya nampak tajuk "Belasah rakan angkara facebook". Dah baca semua content berita ni,,terbit la rasa pelik ngan remaja2 sekarang ni.

Angkara facebook pun nak bergaduh. Bertepuk tangan la orang Yahudi sebab dapat memecahbelahkan umat Islam. Ingat, dari sekecil-kecil perkara boleh berlaku perkara yang lebih besar.

 Kat bawah ni berita selanjutnya :



LENGGONG: “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46.
Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah.

Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akuan berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan.

“Selepas bertengkar, mangsa yang mendakwa tidak menceroboh akaun rakannya dibelasah dipercayai kerana ada rakan lain mengapi-apikan pemilik akaun facebook itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Hazizi mendakwa anaknya, Aiman Asyraf, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama di sini, dibelasah teruk.

Berikutan kejadian itu, Hazizi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, bergegas pulang ke Kampung Luat, dekat sini, awal pagi Jumaat lalu, selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi.


Dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya mengenai kejadian menimpa anaknya itu dan hanya mengetahui insiden terbabit daripada pihak lain.

“Pihak sekolah sepatutnya beritahu saya mengenai kejadian itu.

“Malah, lebih mengejutkan, ketika saya menemui pihak sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu, mereka mengatakan tidak tahu kejadian menimpa anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hazizi berkata, dia diberitahu anaknya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik dihantar warden asrama ke Klinik Kesihatan Lenggong dan ditinggalkan di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

“Menyedihkan, tiada seorang wakil sekolah mengiringi anak saya sepanjang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

“Saya tak mahu membesarkan perkara ini, tapi sikap pihak sekolah yang lepas tangan sangat dikesali dan tidak mahu ia berulang,” katanya.

Menurutnya, Aiman antara pelajar cemerlang di sekolah itu, tetapi kejadian yang menimpanya akan menjejaskan persediaannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Justeru, saya berharap pihak sekolah memandang serius perkara seperti ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lenggong.

 Sumber: myMetro


p/s: tak perlu la kerana facebook kita sesama saudara nk bergaduh ye =)

~semai,subur dan sebarkan kasih sayang~

 

Jumaat, 1 Oktober 2010

Perkongsian....

Kanser dan Barah MURTAD di Malaysia...Anda Sedar atau Tidak?:
"Assalamualaikum...


Hari ni saya nak berkongsi satu artikel dari FB tentang BARAH dan KANSER MURTAD dalam masyarakat kita hari ni. Berikut adalah beberapa kes dan sedikit huraian penulis. Apa yang saya cuba nak kongsikan adakah kita percaya Iman kita tidak tergugat kerana dilahirkan ISLAM? adakah kita mahu anak-anak kita melakukan perkara yang sama? baru-baru ni saya ada layari beberapa laman web yang anti-ISLAM. Bagaimana segelintir manusia yang berani memperkotak-katikkan Hukum ALLAH dan panduan yang telah ditentukannya.


Tak lama lagi kita akan menyambut merdeka, tapi setakat mana kita memahami erti kemerdekaan?adakah kebebasan sepenuhnya itu satu kemerdekaan?adakah agama dan undang-undang itu satu halangan dalam kemerdekaan?bagaimana kita memahaminya...kenapa semakin ramai dari kita menjauhkan diri daripada Islam?adakah kita pasti kita akan mati dengan mengucap kalimah syahadah?Adakah kita tidak percaya Islam itu sebaik-baik cara hidup?wahai rakan-rakan sekalian,sempena bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memperbaharui syahadah kita, memperbaiki amalan kita...jika dulu kita malas bersolat, rajin-rajinkanlah...jika dulu kita jarang menutup aurat, rajin-rajinkanlah...kalau dulu suka pakai ketat-ketat,longgar-longgarkanlah...kalau rasa nak buat gak, carilah tempat yang Allah tak tahu,tak cipta,tak jaga. kalau ada, buatlah sesuka hati...Janganlah takut, malu atau segan untuk berubah,sedarlah bahawa mati sentiasa dekat di sisi dan segala yang kita ada hari ini termasuk badan dan kesihatan ini hanyalah pinjaman tanpa faedah dari Allah.


Ditulis oleh Nursyahidah
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.


Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.


Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.


Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.


Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.


1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad


2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?


Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.


Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,


'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina


Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28


November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'


Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.


Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.


Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.


Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.


Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.


Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.


Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.


Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.


Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.


Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.


Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.


Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.


Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.


Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.


Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah


saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.


Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).


Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.


Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'


Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..


Macamana benda ni boleh terjadi?


Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.


Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?


Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.


Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.


Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.


Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.


Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali, artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.


#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan

artikel ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
Wallahualam…


p/s: artikel ini dikongsi daripada nota FB Nursyahidah


Sumber:

Furdunesia@nline
"

Ahad, 26 September 2010

Wah, bestnya naik beskal!

Salam sejahtera.
 Hari ni tak ada apa yang berilmiah nak dikongsikan.
Sekadar nak isi masa zero..
Nak semai kasih sayang =)


Sambil2 tunggu video siap didownload,
so nak cari gambar2 nk siapkan tugasan..
on the way mencari gambar2
berkenaan..
terjumpa la satu gambar yang menarik.
Mesej nya penuh dengan 
kasih sayang =)

Jom tengok gambar kat bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.

Tengok la
betapa baiknya orang tu melayan
kambingnya..hehe

Betul ke tak itu kambing peliharaan dia,
i tak tahu.
tapi takkanlah kambing tu menumpang dia kn??
.
.
.....bang, minta tumpangkan saya balik ke rumah...
~lalala~






note: berkasih sayang =)

Jumaat, 24 September 2010

Akhirnya......

Assalamu'alaikum...
Beberapa kali mencuba,,mencuba dan terus mencuba
akhirnya....
dapat jugak connect dengan internet.
Fuh! Minggu yang penat..
sebab hari-hari ada kelas malam.
Exam pun waktu malam..sabar je la..

Walaupun penat,,banyak kerja kena buat,
akhirnya...
dapat jugak post entry kali ni.
Macam-macam hal yang berlaku,,
menyebabkan aku tak dapat post apa-apa entry.
Salah satunya....
tak dapat connect dengan internet.

Nak buat ucapan hari raya pun tak sempat..
Rasanya,,setakat ini dulu 
sambung esok lusa pulak.
Mata sudah mahu tertutup,
nak tahan dengan batang mancis pun tak boleh..
jadi penyelesaiannya,,,
TIDUR...

Sebelum itu dan pastinya belum terlambat lagi
nak buat ucapan yang sudah lama terpendam..
akhirnya....
dapat jugak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan juga BATIN =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...