Kisah Persahabatan

Di sebuah kampung ada 3 sahabat karib yg bernama Husin, Hisham dan Hasan. Mereka begitu akrab sehingga sanggup berkorban apa sahaja. Mereka saling bantu-membantu dan sedia mengharungi senang dan susah bersama. Masing-masing sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga.

   Menjelang sambutan hari raya, salah seorang daripada mereka mengalami nasib tidak baik. Keluarga Hasan tidak mampu membuat persiapan hari raya kerana kemiskinan.

   Pada suatu pagi, isterinya berkata, "Abang, kita ini tabah menghadapi ujian tetapi bagaimanakah dengan anak-anak yang mesih kecil, yang tidak tahu apa-apa. Saya kasihan melihat keadaan mereka."

  Sambung isterinya lagi, "Kasihan anak kita. Pada pagi raya, kanak-kanak lain berpakaian cantik tetapi anak kita, mereka terpaksa memakai pakaian yang koyak dan lusuh. Saya rasa bangga jika dapat menyediakan pakaian baru untuk mereka. Saya ingin melihat mereka gembira dan bahagia, abang."

  Hasan memandang isterinya dengan wajah sayu. Tiba-tiba dia mendapat idea. Dia hendak mengirim surat kepada sahabatnya yang bernama Hisham. Hisham tentu dapat menolongnya. Dia pun menulis surat kepada sahabatnya itu untuk meminjam wang.

   Tidak berapa lama kemudian, Hisham menerima surat daripada Hasan. Dia berasa sedih dengan penderitaan sahabatnya itu. Tanpa berlengah lagi, dia membalas surat Hasan. Di dalam sampul surat itu juga terkandung wang sebanyak 100 dirham.

   Hasan berasa gembira apabila Hisham sudi menolongnya dengan memberi wang yang banyak. Tetapi, tiba-tiba Husin datang ke rumahnya. Husin mengadu nasibnya yang miskin sama seperti yang dialami Hasan.

  Hasan berkata kepada Husin yang bersedih, "Husin, kamu ambillah wang ini buat menyelesaikan masalah yang kamu hadapi."

   Husin memandang Hasan dengan hairan. Hasan menghulur kepadanya sampul yang mengandungi wang. Husin terharu dengan pemberian itu lalu berkata, "Terima kasih, Hasan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kamu sekeluarga."

   Selepas memberi wang kepada Husin, Hasan pun keluar dari rumahnya menuju ke masjid. Dia malu dengan isterinya kerana duit yang diterima daripada Hisham sudah diberikan semuanya kepada Husin. Isterinya tidak tahu mengenai perkara itu.

   Selepas beberapa hari tidur di masjid, Hasan pulang ke rumah. Dia menceritakan perkara yang sebenarnya. Hasan beruntung kerana memiliki isteri yang baik dan memahaminya. Isterinya tidak memarahinya atas keputusan yang diambil.

   Semasa Hasan duduk dan memikirkan cara bagi mengatasi masalahnya, tiba-tiba datang sahabatnya, Hisham ke rumahnya. Hisham datang sambil membawa sampul yang pernah dikirimkan kepada Hasan dahulu. Hisham bertanya kepada Hasan, "Hasan, ceritakan kepada saya mengenai sampul yang berisi duit yang pernah saya berikan kepada saudara. Apakah yang terjadi sebenarnya?"

    Hasan menceritakan situasi sebenar yang berlaku. Apabila mendengar kata-kata Hasan, Hisham berkata, "Hasan, apabila kamu mengirimkan surat bantuan daripada saya, saya memberikan semua wang saya. Sedangkan itu sahaja wang yang saya miliki. Kemudian, saya menceritakan kepada Husin berkenaan masalah saya yang tidak mempunyai wang. Husin berjanji akan menolong saya. Rupa-rupanya, wang yang diberikan kepada saya adalah wang saya sendiri yang sudah saya berikan kepada saudara."


   Akhirnya, mereka membahagikan wang itu kepada tiga bahagian. Kisah 3 sahabat itu sampai ke pengetahuan raja negeri itu. Raja memanggil mereka bertiga dan meminta mereka menceritakan keadaan sebenar. Selepas memahaminya, raja memerintahkan kepada menterinya supaya memberikan 7000. Masing-masing mendapat bahagian sama rata.

sekadar gambar hiasan~copy paste dr tenet~

tuk kwn2 geng = sayang sama kamu =)

Ulasan