Sabtu, 30 April 2011

Siap untuk pergi..

بسم الله الرحمن الريم

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Siang malam bersilih ganti, saat tak henti berdetik akhirnya exam dah habis..tapi untuk semester ni saja. Semester depan bakal muncul juga, dengan izin-Nya. Tapi, kena usaha supaya hal sama tak berulang lagi. 

Hari ni baru siap kemas barang2, simpan dalam stor. Penat sangat sebab stor tu jauh, lagi memenatkan bila kena turun tangga. Cuba bertahan walaupun tangan dah terluka, terketar-ketar, akhirnya settle juga. Rasa sayang nak tinggalkan kolej ni. Semester depan tinggal di kolej lain. Tiap tahun akan bertukar kolej. Kalau boleh nak merasa semua kolej yang ada dalam UKM ni tapi tak sempat, sebab belajar 4 tahun je. Ada angan2 la pula...

Lagi sayang nak tinggalkan hari-hari lepas, namun tak sabar menunggu merasai hari-hari mendatang. Tahun ini banyak memberi pengajaran dan pengalaman. Walau pun kepahitan yang berlaku masih terasa namun ia mengajar aku menjadi dewasa. Biarlah seberat mana dugaan dan ujian itu, tapi akhirnya dah terbukti bahawa aku mampu menghadapinya sehingga ke saat ini. Mudah-mudahan ujian yang bakal menyusul mampu ditempuhi dan mendidik aku menjadi lebih matang walau terkadang masih bersifat keanak-anakkan.


notes :
-siap untuk pergi meninggalkan kolej ibrahim yaacob, terutamanya bilik yang tersayang, rasanya tak mungkin dah naik highlander ni sem depan.
-siap untuk pergi meninggalkan kafe yang ada makanan+air yang sedap.
-siap untuk pergi meninggalkan senaman harian.(sepanjang tahun 2 ni tak perlu risau pasal berat badan, sebab hari2 buat senaman mendaki bukit, lepas ni tak dah..huhu)

Khamis, 28 April 2011

Jatuh Cinta??

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dah selesai satu lagi paper, iaitu Kemahiran Membuat Keputusan. Rasa beban yang terbeban semalam dah beransur ringan. Rasa lega dan bersyukur juga tadi sebab  apa yang dibaca, ditengok-tengok masuk dalam exam. Tapi biasalah penghuni bumi ni, kalau tak terkeliru, tertukar konsep bak katanya orang kelantan 'tukar-takir'.. Tapi tak pe, tak rasa apa-apa perasaan yang menunjukkan tekanan. Jawab apa yang ditanya, jawapan belum tentu betul salahnya. Ada satu soalan yang dijawab dengan teragak-agak. Oleh kerana satu soalan ni teragak-agak maka soalan seterusnya teragak-agak juga. Bermakna bukan lagi satu tapi dua soalan yang diagak-agak. Pening, apa yang ditaip ni....

Soalan tentang melukis gambar rajah agak mengelirukan dan melucukan, rekaan semata-mata sebab tak tahu nak buat apa. 

gambar rajah situasi jatuh cinta...huhu

Betul-betul tak tahu nak buat apa. Guna satisficing jeh. Niat nak lukis raksasa tapi tak pandai..huhu


note : - dalam menjawab soalan juga kena gunakan kemahiran membuat keputusan.



Selasa, 26 April 2011

Encik Semangat datang sini cepat..

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, mana perginya semangat ni...kenapa akhir-akhir ni rasa tak ada semangat dah nak study. Asyik teringat kat kampung jeh. Ya Allah, dah jadi pemalas sangat dah ni. Nak pandang nota pun tak ada mood, apatah lagi nak baca..huhu. 

Ada dua paper lagi,,tapi rasa macam tak larat sangat dah...rasa macam yang tujuh paper lepas dah bercampur aduk dalam otak ni..

Ya Allah, kembalikan semangat hamba mu ini....
Ya Allah, lembutkanlah hati Encik Mohsin..
Ya Allah, permudahkanlah urusan esok dan seterusnya..
Ya Allah, golongkan hamba mu ini dan lain-lainnya di kalangan orang-orang yang berjaya...

~encik semangat datang sini cepat!! masa makin suntuk dah ni~

~exam esok : Kemahiran Membuat Keputusan~

notes: sem lepas dah 9 paper, sem ni pun 9, sem depan x nak amek 9 paper dah,,,huhu...


Aku mahu cinta ini

بسم الله الرحمن الرحيم

sekujur tubuh yang hampir mati
namun roh masih setia berbakti
berusaha mengejar cinta hakiki
simpang siur jalan hati tak pasti
perlukah melalui
adakah jalan mati di depan nanti
biar..aku tak peduli
yakin dengan ia yang suci
untuk apa aku takuti
pasti
aku tak dianiayai..
pasti
aku mahu cinta ini..

Ahad, 24 April 2011

Kecil juga hati ku…

بسم الله الرحمن الرحيم
dari uncle google

Salam buat sahabat. . Moga engkau kuat dalam menempuh cabaran dunia untuk meneruskan kehidupan akhirat dalam bahagia. Terima satu pesanan dari seorang sahabat. Mengkhabarkan kedukaan si kecil hatinya. Apalah ilmu yang ku ada sekelumit cuma, mampu menasihati dirinya yang lebih segala, menceriakan si kecil hati supaya tak berduka. Ya, aku memang tak berdaya, namun aku cuba, dengan menyampaikan berita gembira buatnya.


Tahukah sahabat, bukan kita sahaja yang menumpang di dunia ini. Cuba lihat dunia ini, mungkin kau rasa kecil sedang ia terlalu luas. Kau berjalanlah, kau takkan pernah jumpa penghujungnya melainkan engkau melalui tempat yang sama. Kau cuma melihat apa di depan mata. Pernah kau lihat di negara sana, bagaimana orangnya, bagaimana rupanya, apa warna kulitnya, berapa ketinggiannya, kuruskah dia, gemukkah badan si empunya. Mungkin sahabat lain mu cukup sempurna sehingga kau merasa tiada berpunya apa-apa.  


Siapa lah kita, cuma seorang hamba sahaya. Bermajikan Tuhan Yang Maha Esa. Hidup Cuma bekerja untukNYA. Tapi bukan untuk yang sia-sia, ganjaran menanti di sana. Istimewanya hanya DIA yang mengetahui, kita cuma menikmati sambil mensyukuri. Ya sahabat, kerana hinanya kita, mengapa dihukum ciptaanNYA. Sedang DIA mencipta kita sebaik-baik makhluk ciptaanNYA. Akal kita bukan tak berguna, itulah yang membezakan kita dengan makhluk lainnya. 


Aku melihat mu cukup sempurna segala sifat dan deria. Mengapa engkau masih berduka? Apa yang kau tak miliki, kau khabarkan padaNYA. Pernah kau khabarkan apa yang dimiliki, sebagai tanda kau mensyukuri? 

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: “adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."


Sudah lah, jangan kau bersedih hati. Allah menjanjikan yang terbaik untukmu nanti. Bersabarlah dalam menanti, bersyukur lah dalam ujian ini. aku yakin selepas ini kau akan mengerti.
Inginkah kau mendengar sebuah cerita diri ini, mungkin kau akan geli hati. Tahukah engkau, satu rahsia ini? Aku juga punya si kecil hati. Hehe, mesti kau ingat hati ku besar kan? Tapi, kecil juga hati ku ini. Seperti mana diri mu sekarang ini. 

Benar sahabat, aku pernah berkecil hati. Dalam banyak hal dalam hidup ini. Namun kini aku mengerti, tiada guna berkecil hati, kerana itu bisa memakan diri. Aku sayangi diri. Tak mahu noda hitam menutupi hati. Satu rahsia untukmu, kita perlu mensyukuri nikmat yang diberi. Jagalah, peliharalah ia sebelum dicabut, ditarik kembali. Pasti engkau lebih menyesali akan hal ini, janganlah mencuba menjadi orang yang rugi. Ikhlas dari hati, terimalah diri.




Jumaat, 22 April 2011

Namun ku punya hati....

بسم الله الرحمن الرحيم

Sepi..sunyi..seolah-olah aku tidak mendengar apa-apa. Lantas nset dicapai, buka walkman. Lagu berkumandang, memecah kesunyian walau hanya sayup kedengaran. Saja, tak nak ganggu jiran bersebelahan. Rasa nak meneruskan mimpi semalam, tapi sudah banyak kali mencuba mencari mimpi itu, namun tak jumpa-jumpa. Akhirnya tak menjadi untuk lena. Elok saja bertemankan blog ni.

Nset terus berbunyi memutarkan lagu satu persatu sehingga tibalah satu lagu ‘Ku Cari Damai di Hati’. Ahh,,sungguh. Lagu tu menusuk ke hati. Aku memetik baitnya, ‘namun ku punya hati, juga gaya ku perasaan..’. Minda ku berfikir, memutar untuk cuba ingati kembali mengenai diri.

Tersenyum sendiri mengingati ayat seorang teman kepada ku, katanya aku seperti orang lapar berjalan, nampak lemah macam tak makan sebulan. Ada juga berkata, aku nampak ceria selalu seperti tiada masalah berlaku. Dan bila aku masam mencuka, semua pasti tahu aku berduka terus ditanya, “sakit ke hari ni?”. Itulah diriku, sentiasa senyum, kadang-kadang melawak, menyakat orang selalu seolah-olah hidupku tidak dirundung masalah. 

Namun tidak selalunya begitu, ada ketika aku pasti muram tapi hanya kerana satu sebab, tidak bukan melainkan sakit. Ya, sebab itu semua teman pasti dapat agak, kalau aku bermuram mesti sakit puncanya, dan bila sakit muramlah wajahnya. Itulah persepsi teman-temanku. Namun tak mengapa, memang begitu hakikat yang berlaku.

Terasa baru sahaja, aku berbual bicara tentang manusia dengan seorang teman, pastinya dia istimewa. Diajukan pertanyaan padaku, jika aku ada masalah siapa yang aku adu. Rasa macam dia sedang berlawak di depanku. Bukankah masalahku diceritakan padanya. Cuma bukan semua masalah itu dapat aku kongsikan dengan teman-temanku. Entah, aku tidak pasti, mungkin aku tidak pandai berkata-kata, meluahkan rasa, dan memimikkan muka. Apatah lagi menumpahkan air mata di depan mereka. 

Siapa kata aku tak punya masalah, ujian dunia. Aku juga manusia biasa. Tak dapat lari darinya. Andai besar mana sekalipun ujian itu, aku pasti meluahkannya dengan bersahaja, seolah ujian itu tidak berat mana. Kadang-kadang diselang dengan senyuman, gelak tawa yang terpaksa, cuba aku sembunyikan kedukaan yang terasa. 

Ahh..kusut..memang aku tak pandai menimbulkan air mata walau sebesar mana masalah didepan mata. Mesti, pasti temanku menganggap aku tidak apa-apa, selepas meluahkan kata. Aku meluahkan perasaan seolah mereka cerita, hilang bicara. Aku sendiri kebingungan, mencari makna supaya dapat aku berkongsi duka. Lantas aku biarkan ia bergantungan. Rasanya meluahkan pada yang Esa lagi meringankan. Masa itulah air mata mampu mengalir. 

Namun apa daya, Allah menciptakan teman untuk menguatkan manusia lainnya. Mengapa tidak air mata ini keluar saja, semasa kami berbicara. Biar teman mampu merasa. Tapi sampai sekarang, aku masih malu, mengadu ujian pada temanku, menitiskan air mata murah yang tidak laku, kerana siapalah aku, apalah sangat ujianku itu yang mampu menarik mereka padaku. 

Tapi kerana satu, air mataku mengalir laju di depan temanku, kerana memang aku tak mampu mengawal itu, sakitku punca segala yang berlaku. Dan kerana itu, aku menyayangi sahabatku. Cukuplah dengan itu aku berkongsi dengannya. Tak mampu aku membebankannya. Cukuplah itu membuat aku malu. Meminta lebih dari temanku. Biarlah aku menguntum senyum walau hatiku penuh duri yang menusuk. Bahu tak tertanggung dek ujian yang bertalu. Cukuplah aku berkongsi dengan Yang Satu. 

Bukan aku ingin menyimpan rahsia dari teman. Tetapi aku tak bisa menunjukkan rasa, meluahkan kata hati. Namun izinkan aku menyatakan sekali, jika engkau belum mengetahui,
‘Namun ku punya hati....’




Maaf..aku berubah lagi..

بسم الله الرحمن الرحيم


Segala puji bagi Allah dan setiap kesyukuran hanya padaNya. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas, masa dah berlalu dengan pantas,tinggal 3 paper je lagi. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Tapi dah habis exam nanti tak boleh balik kampung terus, ada projek untuk kite-kite jeh..hehe.. Terlintas pasal projek, datang pulak satu masalah yang baru jeh penghuni bumi lupakan sebab tak nak ganggu fokus pada study (konon-kononnya lah). Masalahnya, macam mana nak dapatkan duit RM150. Sape2 ada duit tolong sedekahkan boleh tak?? Huhu..tolong kami, bantu kami, kami cuma penghuni bumi..huhu.(Macam mana ni, duit nak makan pun belum tentu cukup).

Jauh pulak melayang, sebenarnya nak cerita pasal blog ni je. Ok, blog ni dah berubah lagi. Semuanya di atas sebab2 tertentu yang tak dapat penghuni bumi elakkan, walau hakikatnya masih boleh dibaiki, tapi sebab malas terus tukar template jeh, senang hidup. Dalam keadaan yang sakit tenat semalam sempat lagi edit blog pasalnya nak ulang kaji tapi tak dapat faham2 jugak.
Sebenarnya nak tidur tapi tak dapat. Dah cuba banyak kali, sukar jugak nak tidur,
tambah2 tak boleh tidur mengiring sebelah kanan.

Puncanya, siang tu kena suntik tapi kesannya terasa sampai malam. Siap ada kesan lebam sekeliling. Pelik jugak, sebelum ni tak jadi macam tu. Siapa doktor kat sini,tolong jelaskan..huhu. Kalau sebelum ni cuma ada kesan kecil sekecil dan sehalus jarum suntikan tu. Macam ni la jadinya, sepuluh tangan sepuluh kesan. Dua bulan lepas sampai 2 minggu kesan terasa, sampai nak jalan pun tak betul dah. Pelik,pelik dan memang pelik.
Ush,, tersasar lagi. Asyik lari topik jeh, ni sebab suka 'menggoreng' dalam exam. Hmm,,berbalik pada blog, tengok apa yang penghuni bumi ubah pada blog ni..(dah nampak dah pun kan..haha)


ciri2 yang diambil kira :
Template : ambik dari blogger je, kat new template tu..
Background : upload dari file dalam my lappy jeh..
Warna : pink colour gitu, sebab memang minat pink+purple. 
My lappy dan begnya pun warna pink gak..hehe
Header : biarkan kosong je dulu..
Ringkas ke tak : dah terang-terangan, penghuni bumi nak simple je. 
Tak nak terlalu sarat ngan macam2 gadget dll.  (ni pun dah nampak serabut kn)
Yang paling penting, sayang ke tak kat blog : mesti la sayaaaaaaaannnggggg bangat. 
Mana lebih, facebook atau blog : blog la, tak ada lebih atau kurang. tak ada istilah 
perkongsian tau. (padahal tak ada facebook..kuno kah??)



notes :
- sebenarnya tak pasti nak pilih colour apa, sebab tak mau yang ceria2 sangat atau cerah dan terlalu suram, gelap pun tak mau gak..
- gini je lah hasilnya, cantik ke tak terpulangla. Hmm,,ok x ek??


Rabu, 20 April 2011

Bila rindu menyeru namaku...

بسم الله الرحمن الرحيم

Tadi aku berjalan layu
di bawah sinar bulan yang tersenyum ayu
penat, letih tiada dalam diriku
namun mengapa terasa sayu..
di satu sudut aku termanggu
mencari jawapan buat diriku..

Tadi aku pandang bintang
namun ia makin menghilang
lalu ku tanya mengapa sang bintang
aku mengintai mu jangan dilarang
walaupun hanya kau menampakkan bayang-bayang..

Tadi aku masih menunggu 
sebuah jawapan yang belum ku temu
aku mengharapkan si angin lalu
mengkhabarkan berita buat diriku
namun si angin diam membisu
melintasi wajah seolah malu
mula hatiku berbisik, si angin mengapa begitu..

Tadi aku terbang melayang
mencari madu seperti kumbang 
begitulah fikiranku, jauh menerawang
lantas ku putuskan kembali ke sarang..

Tadi aku melakar tanah dengan batu
berharap ia tidak hilang dek debu
tiba-tiba aku mendengar sesuatu
akhirnya ku tahu apa yang berlaku
mengapa aku terasa sayu
mengapa sang bintang jauh dari ku
mengapa si angin tetap membisu
semua tak kena pada diri ku
oh...rupanya begitu
bila rindu menyeru namaku...

dari uncle google
p/s : Mak, ayah, kak wa, kak nah, abe mie, poje, yah, qi, adik hu, ina, arifah...miss u all!!!

Selasa, 19 April 2011

Di mana dia...

بسم الله الرحمن الرحيم

Serius,
tak tahu mengapa..
pandang kanan, dia tiada..
lihat kiri,
hmm...masih tiada..
lalu aku merenung ke depan..
menunggu..
namun dia,
tetap tak kunjung tiba..

aku cuba, 
memberi dia sedikit masa..
aku cuba,
membuaikan lena,
namun dalam lena,
aku terjaga..
akhirnya, aku dapat kecewa..

mengharap..
esok masihkan ada,
kerana itu,
aku memerlukan dia....










note : Uhh...tak dapat study..esok masih ada exam,,mana pergi 'dia' Si Semangat??

ganas ni..jgn jd cm ni..


Ahad, 17 April 2011

Poligami

بسم الله الرحمن الرحيم



Tajuk kali ni, jika diajukan kat sesiapa2 je pasti mencetuskan kontroversi..hehe..eh, ye ke?? Sebenarnya n3 ni jawapan dari penghuni bumi untuk soalan semalam. Soalan apa tu??
Petang semalam ada riadhah untuk exco2 PERDANA, pas 2 ada satu aktiviti menarik..dalam aktiviti tu, peserta bertuah diajukan soalan mengenai poligami.  Macam-macam jawapan la yang keluar. Ikutkan hati penghuni bumi rasa nak gak jawab soalan tu..
Tapi bukan diajukan untuk penghuni bumi. So, nak bagi jawapan kat sinilah. Ganti petang semalam, tak boleh simpan lelama, rasa nak terkeluar jugak..hehe..
Ok lah, panjang pulak muqaddimahnya..

Begini lah, bila sebut pasal poligami, maka berebut-rebut lah lelaki untuk mengiyakan bahawa 'poligami sunnah Nabi'. Dalam jiwa mulalah memasang niat untuk berpoligami, mula mencari wanita yang dikatakan arif ilmu agama kerana merasakan wanita itulah yang dapat menerima poligami. 
Hakikatnya, wanita tetap wanita. Dan jiwa wanita tetap sama. 
Jika mulut mengatakan sudi, hati belum tentu memberi. 

Bagi lelaki yang tidak sedar diri, merasakan mampu untuk berpoligami, sedangkan diri pun tak berpunya lagi. Duit pun tak dapat memenuhi poket lagi, sudah memasang niat dan angan-angan. Yang dah beristeri pula, rasa mampu berlaku adil jika berpoligami. Nak menjaga isteri seorang pun belum tentu mampu. Kenapa penghuni bumi katakan begitu?? Jika alasan si suami untuk berpoligami kerana tak tahan nafsu dan isteri tidak pandai melayan kehendak, bukankah tugas si suami membimbing isterinya, memberi tunjuk ajar jika isteri tidak tahu. Kalau si suami tak boleh, 
jadi di mana kemampuan dia? Jika isteri kedua pun tak pandai melayan, 
adakah si suami akan menambah isteri lagi?
Ini baru satu, belum cerita bab lain.


Nampak macam menetang poligami je kan?? Sebenarnya bukan begitu...Hanya sekadar luahan 
hati seorang wanita, yang bakal bergelar isteri suatu hari nanti. Juga sebagai nasihat untuk bakal suami nanti..andai ingin berpoligami fikirlah dahulu, adakah mampu berlaku adil.
Adakah memahami hakikat sebenar sunnah Rasulullah s.a.w itu..sudahkah si suami menyelusuri sirah Nabi dahulu, mengapa dan dengan siapa Baginda berpoligami. Mampukah si suami mencontohi Nabi.
 Sabda Baginda :
"Barangsiapa yang mengawini dua wanita, sedangkan ia tidak mampu berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus"



p/s :
wahai sang suami, tahukah engkau jiwa perempuanmu yang bernama isteri?
bila kasih yang engkau beri selama ini, tiba-tiba diminta kembali, untuk dikongsi bersama orang lain? 
tahukah engkau sang suami, hati perempuanmu yang bernama isteri bukan kerasnya seperti batu? Umpama halilintar lalu, memanah hatinya bila engkau wahai sang suami menyatakan hasrat untuk itu.
wahai sang suami, tahukah engkau mengapa perempuanmu yang bernama isteri tidak boleh berkahwin lebih dari satu?
fikirlah sang suami, bukan bilanganmu yang berkurang itu menjadi punca.tapi kerana dia tahu engkau tak dapat menerima.
bila kasih dikongsi bersama, insan yang engkau tak kenal siapa..
masakan perempuanmu yang bernama isteri ingin melihat engkau sang suami menderita, batin mu terseksa..
ingatlah wahai sang suami, perempuanmu yang bernama isteri, dia punya hati.
sepertimana engkau, tak dapat menerima jika dia berpaling kasih pada yang lain,
begitulah perasaan perempuanmu yang bernama isteri.
namun kentalnya hati, perempuanmu yang bernama isteri, bila engkau wahai sang suami, memberi kasih pada seorang lagi. 
pastinya hatimu tidak sekental itu wahai sang suami, jika isterimu mampu mencari suami lagi, kerana itu, jagalah dan hargailah hati perempuanmu yang bernama isteri.
sesungguhnya Yang Maha Adil adalah Allah, telah menjadikan sebaik-baik ciptaan.

notes:
-tak mau nulis panjang2.
- baca la kat sini jugak eh. 






Bertukar!

بسم الله الرحمن الرحيم

Tengok title : 'Bertukar!'
Apa yang bertukar tu..??
wajah baru..abaikan wajah justin bieber.

Ok, dah terang lagi bersuluh, wajah blog penghuni bumi dah bertukar...kenapa ye?? Sebab nya, sebelum ni blog penghuni bumi agak suram dan kelam..bukan apa, memang penghuni bumi suka tengok warna2 macam tu..huhu..ok, tak pe, tak salah kalau nak ubah citarasa sekali sekala..pasal blog ni, takpe lah (asal bukan tukar2 pasangan, an3?), nak sedapkan mata memandang dan memberi mood yang ceria..

notes:
- edit blog sambil henti rehat.

Sabtu, 16 April 2011

Jom Exercise

بسم الله الرحمن الرحيم

Penat study??
Sakit mata, sakit kepala, sakit pinggang??
Jom exercise!

1. goyangkan kepala..tp hati2 
jgn sampai terkehel leher..
MySpace

2. gerakkan tgn perlahan2 tuk
btulkan urat2 tgn dn bahu yg dh 
brsimpang-siur.
MySpace

3. bleh gk bt cm ni tuk 
relekskan bahu..
MySpace


4. seterusnya, goyang2 pinggang..
tgn jgn lupa gerakkan..
MySpace

 5. cuba goyang2 tgn kmudian
angkat tgn ke atas pas 2 
teriak 'hoorey'!!
MySpace

 6. ce cube bt taichi ckit..
MySpace

7. x hlg gk lenguh2 tu 
bleh msuk tido trus..
MySpace


pesanan penaja :
 
1. jgn goyang tgn lelaju 
cm ni...
MySpace

2. jgn hentak kpla kt dinding
atau guna gelas pecahkn 
kpla..
MySpace
MySpace

notes :
-selamat bersenam!
-rehatkan minda dan jiwa dgn membaca al-Quran =)
 

untitled


 بسم الله الرحمن الرحيم

Masih dlm mood exam. 
Hari ni dh slesai 1 lg exam.
3 hari brturut2 mknanya dh 3 subjek.
Tinggal lg 6 subjek. Caiyook! Caiyook!
Rasa berlainan cket exam sem ni ngn sem lps. 
Lau sem2 lps tiap kli nk exam hari2 penghuni bumi dipenuhi dgn wrna-wrni movies n drama brsiri..haha..cenggitu la..
Penghalang terbesar tuk ulg kaji.
Alhamdulillah, tuk sem ni x de godaan.
Alamak..ada something kena edit..huhu..
tp study tetap kena buat.

JOM STUDY!


~Menunggu hari2 exam seterusnya~
= 19/04/11 : Arabic Grammar and Morphology II
= 20/04/11 : Student Diversity and Learning Differences


dari uncle google

Rabu, 13 April 2011

Exam Fever

بسم الله الرحمن الرحيم

Wlau kepala rsa berat msih nk berbelog.. Alhamdulillah,hari ni mula exam, 
n dah selesai 1 subjek. Masih berbaki 8 subjek lg.
Rasa mcm x mampu nk tempuhi 8 lg..tp mampu ke x mampu ke, terpaksa tempuhi gak. 
Akhir-akhir ni rasa mcm nk demam, dh ikhtiar mcm2 supaya x demam. 
Kepala rasa berat jeh. Xleh nk ulangkaji, dh buka nota baca, tp satu pn x leh nk faham..otak dh denyut2..smlm dh telan ubat, tido ngan selimut tebal, kipas x pasang, akhirnya berpeluh2 gk.
Bgun pg rsa segar ckit. Ingt xkn demam dh. Tp blik dr exam td kena ujan. Lebat punye ujan.
Masa ujan turun tu doa cepat2 moga exam td dpt A. Tp cm mustahil je..(sbb dh ulgkaji tp xfhm pape..huhu).. Smpai bilik bsh kuyup gk walau dh brpayung. Akhirnya, tewas, demam gk.
Call mak, mak ckp, " sokmo dh rah tu,,keno uje ko, x keno ko, deme jgk. deme prekso la tu.." OK mak. time kasih..huhu. Confius, demam sbb nk exam atau sbb kena ujan?? Mls nk fkr, amek mgkuk masukkan mee sup yg msih panas terus mkn. Sedaaaaaaappppppppp...


note : -time ujan makan mee sup, psti mnyelerakan.
-moga bgun tido jp ag, demam dh surut.

Selasa, 12 April 2011

Takkan lari dari ujian =(

بسم الله الرحمن الرحيم


Bila engkau memandang segalanya dari Tuhan mu
Yang mencipta segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta hidupmu menjadi susah
Pasti akan damailah hati mu
Kerana masakan Allah sengaja
Mentakdirkan segala-galanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan DIA tak tahu deritanya hidup mu
Retaknya hati mu
Tapi mungkin itulah yang DIA mahu
Kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya
Lebih lunak dan mudah
Untuk dekat dan akrab dengan NYA..



notes: 
-rasa sedih, takut...
-ya Allah, lindungilah hamba MU ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...