Khamis, 31 Mac 2011

Awet Muda + Sihat


بسم الله الرحمن الرحيم

Nak tampak awet muda? Siapa yang tak mahu jika diajukan soalan ini. Terutamanya yang berjantina perempuan (termasuklah penghuni bumi). Macam mana nak kekalkan awet muda? Cari je pakai enjin uncle Google, macam2 cara ada, cara orang tua-tua, orang muda-mudi dan macam2 lagilah. 

Kenapa nak awet muda? Of course la sebab nak nampak cantik. Semua orang sedar, cantik bukan hanya luaran tapi juga dalaman. Dan ramailah yang sedar untuk menjaga kesihatan dalaman supaya terserlah kecantikan luaran. 

Bagaimana? Tentulah jaga pemakanan. Tak percaya? Lihatlah orang sekeliling anda. Alhamdulillah, nampaknya mereka pandai jaga kesihatan. Ais tak disentuh pun, biarlah panas terik macam mana pun, ais mesti dielakkan. KFC, McD mestilah tak makan. Tak kira lah sebelum ni makanan itu la favorite mereka. Kadang-kadang berbulan-bulan tak makan nasi. Wah! Hebatnya mereka menahan nafsu makan tu…(lau penghuni bumi tak makan nasi kebulur la jawabnya). Tapi tak kisah la, asal tak memudaratkan kesihatan pula. 

Penghuni bumi nak bagi tips lain ke? Eh, bukan…

Cuma akal ini berfikir, mereka ini memang bagus. Kerana mereka sedar kesihatan itu penting agar mereka dapat melaksanakan ibadah kepada Allah dengan sempurna, menyedari bahawa kesihatan itu nikmat mereka menjaganya. Namun, terlintas di fikiran mengapa itu saja yang dititik beratkan??

Apa yang nak dimaksudkan? Menjaga pemakanan, diet yang baik dan seumpamanya agar sentiasa sihat memang penting. Tapi adakah itu sahaja yang perlu dijaga? Pernah jumpa ramai orang begini, namun mereka lupa untuk menjaga ‘hati’. 

Kenapa perlu jaga hati? Hati itu banyak penyakitnya. Di sini, penghuni bumi nak sebut tentang satu penyakit sahaja, iaitu ‘marah’. Ramai yang boleh kawal nafsu makan, sanggup buat apa sahaja untuk sihat, awet  muda tetapi tanpa mereka sedari perasaan marah mereka masih belum dikawal. Pernah dengar orang dulu2 cakap “jangan marah2 nanti cepat tua”. Nah, macam mana nak awet muda kalau suka marah2. 


Pengalaman penghuni bumi berjumpa dengan ramai orang macam ni. Rasa bangga melihat mereka sebab penghuni bumi sendiri tak pernah diet, minum air batu, makan ayam, daging dll. Tapi sayang bila melihat mereka suka marah2. (tak nak cerita panjang2).

Semua dah cukup, tapi mengapa perasaan marah masih menjadi sifat walaupun tentang perkara kecil? Bukan begitu caranya jika mahu awet muda=sihat mengikut Islam. Islam bukan sahaja menyuruh kita memilih makan dan minum yang baik2 tapi juga menjaga hati (marah).

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Bukanlah orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah”.

Kuat bermaksud anda sihat. Nak jadi orang yang kuat, kawallah perasaan marah.

Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Imran,134 yang bermaksud : “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik”.
 


Dari uncle Google

notes:
-senyum untuk awet muda =)
-penghuni bumi pun manusia biasa pernah marah orang dan dimarahi orang..



Rabu, 30 Mac 2011

sekadar menjenguk

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dapat juga menconteng dinding blog ni.. hari2 jenguk blog sahabat2, tengok bloglist kt sidebar, rupanya sudah 2 bulan blog ni x di update.. 

Bercerita tentang semester ni, macam2 hal berlaku. Ada yang manis tidak lupa pahitnya. Penuh mencabar..Banyak ujian terpaksa dihadapi. Kadang2 menangis seorang diri hanya DIA yang mengetahui. Tapi alhamdulillah, rasanya dalam sem ni, ukhuwwah dengan sahabat2 PIBA makin erat. Semoga Allah memeliharanya. Yang tidak kenal makin mengenali. Benarlah kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.

Usah dikenang pada yang pahit, sekadar memandang menjadi teladan. Yang manis tidak boleh ditinggalkan kerana menjadi review terbaik untuk kenangan. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yg bersyukur..

Siang malam bersilih ganti,  begitu cepat masa berlalu. nampaknya semester ni dh nk sampai penghujung..jadual final exam dh dapat. Dah nk exam rupanya...tapi belum bersedia dari sudut fizikal n mental. Fuh! nampaknya hari2 akan berada dalam kepenatan.

Tapi walaubagaimana pun, usaha itu penting jika nakkan KEJAYAAN. Ayuh! Bangun berjuang!

notes : selamat berjuang kepada sahabat2 semua.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...