Sabtu, 13 November 2010

Jom Balik Kampung

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...segalanya 
sudah selesai kt sini,
exam dh habis, kemas2 brg, angkut brg2 semua dh siap..
tunggu masa nk naik bas je...
nak balik kampung!!
Sukanye, sukanye...
MySpace
Tak sabar nak balik kampung nih..
Semoga perjalanan malam ni selamat..aamiin..
Kepada sape2 yg nak balik pun moga selamat jgk ye..
yg dh balik pulak, alhamdulillah dh sampai
umah ye...mesti seronok ea..

Ok lah, tak nak nulis panjang2,
tangan dan jari ku sudah penat..
Sape2 yg duk mengurung dlm bilik lg tu (pelajar ukm)
balik2 la ye...
rumah dan seluruh isinya
tengah menanti..


note : jom balik kampung.....
mak ayah tengah merindui =)

Jumaat, 12 November 2010

Sayang Faruqi..Tahniah! ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..selesai sudah perjuangan yg sementara, final exam dis sem. Rasa lega sangat sebab dh habis. Tunggu sem depan plak..Dah habis usaha, tawakkal kt Allah je lh. Semoga dapat keputusan yg x mengecewakan (aamin..).

Ok, berbalik pada tajuk. Ptg tadi tengah jalan2, daki2 bukit ukm ni, nk balik bilik, dapat panggilan dari Faruqi... pelik jugak nape la budak ni call waktu2 begini..biasanya lepas isyak baru call. Perbualannya x lebih tapi kurang mcm ni :
Faruqi: "assalamualaikum kak irah, buat gapo"
Penghuni bumi : "waalaikumussalam..kak tengoh daki bukit ni. Ado gapo?"
Faruqi : " kak daki gunung everest ko?" ~ (buat lwak plak bdk ni)
Penghuni bumi: "bukit ukm lah,sini mana ado gunung everest. Qi nk oyak gapo ni call kak?"
Faruqi: "hehehe..kak rah, Qi nk oyak Qi buleh 5A. Td Qi gi sekoloh tengok result.hehe..ayah wi hadiah roti   canai..hehe."

OK, cukup setakat tu..nk tulis semua panjang..Sobonarnyo dh tahu result UPSR keluar hari ni,,lupa plak nk call awal2 td..So, akak ucap tahniah buat Qi..nanti besok akak keluar gi beli hadiah untuk Qi (duit dh kureng,huhu)..Buleh plak budak ni cakap ayah bg hadiah roti canai..tu belanja makan la adik oi...nanti ayah kasi la hadiahnye (pakaian sekolah baru,beg baru, kira hadiah ler tu)..pape je lah..

Nak beli ape ye esok..kena beli brg yg murah2 je nampaknya tapi pling penting brg tu bermanfaat. Hmm...mata dah ngantuk ni..sebelum tido, sekali lg, tahniah buat Qi, semoga Qi teruskan kejayaan dalam menghadapi ujian2 seterusnya juga ujian dalam kehidupan. I know u can do it! Akak sayang Qi!

sayang kamu =)

p/s untuk Qi : 
1- sebelum azan tgk jam dulu dh masuk waktu ke belum ye dik..kesian kt makcik2 pakcik2 kt kmpung..tgh asyik duk buat keje,kena tgglkan keje tergesa2 nk g surau..

2- jgn asyik main game je..rosak laptop tu..ade faham??


note : Tahniah buat adik2 kat luar sana yg berjaya  dalam UPSR x 
kira lh dapat bape A, sebab
adik2 semua dah usaha yg terbaik.
Perjalananmu masih panjang.


Isnin, 8 November 2010

Lagi satu....

بسم الله الرحمن الرحيم

Celik pejam, celik pejam, celik balik
rupanye ade 2 hari lagi untuk
mengulangkaji subjek last.

Ada satu subjek je lagi..
teruskan usaha wahai penghuni bumi.

Walaupun penghuni bumi mendapat cuti yang panjang
1 minggu untuk muraja'ah satu subjek,
tapi ini lah yg menjadi ujian bg
penghuni bumi.

 Untuk yg terakhir ini lah
menjadikan penghuni bumi seorang
penghuni bumi UKM yg malas...............
Ape sebab??
Jawapannya : cuti yang paaaaaaanjang + 1 subjek jeh = malas

MALAS tue bukan maknanya tidur memanjang.
Tapi buat menda lain...
bendo pekdoh + bendo tok pekdoh
Last minute cm ni baru penghuni bumi menggelabah ye..
mula la menyibukkan diri dengan
segala nota yg ada..
MySpace
Sebenarnya belum terlambat lg (bg semangat tuk diri sendiri)
masih sempat untuk ulangkaji...

OK, CAIYOK3
AJA-AJA FIGHTING!

Ada lagi satu je..jangan mengalah!
Lagi satu, lagi satu, satu lagi!
MySpace
Buat sahabat2 UKM
yg bakal menduduki last exam
iaitu :
Subjek : Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan
Tarikh : 10hb Nov 2010 
Masa : 15:30 p.m
Tempat : DT Abdullah M.Salleh

Semoga Antum wa Antunna
Berjaya!

notes : berjuanglah sehingga luntur tenaga kamu di hari esok dan selepasnya. hadapilah ujian dengan baik. berdirilah dengan jati diri yang teguh! kamu mampu! Good luck! Doaku mengiringi perjalanan mu..


Sabtu, 6 November 2010

Tolong sampaikan pada si dia..

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan hartanya..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang
Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku
sendiri tidak mengetahui siapa dan
dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri yang
terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau
bertemu diriku suatu hari nanti...




Jumaat, 5 November 2010

Aku tahu....

Sahabat,
aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,

aku
juga bukan insan
teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,
aku
lemah untuk itu,
aku
juga tidak akan
menjadi si dia yang hebat
untuk mu,
aku
 hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi
sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu
tika engkau lesu,

tetapi,
terkadang aku meminta darimu,
namun tidak perlu
diri mu menjadi
pemberi ku
penuhi hasratku,
kerana aku bukanlah
orang penting bagimu,
penuh rahsia mu,
namun aku bukan telinga
buat mu, kerana
aku bukan kepercayaan mu,

adakalanya aku
menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerana aku
tidak sehebat sahabat mu
di situ,

dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku
kerana
pinta menjadi temanku,
sedang aku
tidak layak buat mu
duhai sahabat ku..




Khamis, 4 November 2010

Teknologi Pendidikan {4} [Video]

Salam..
N3 ni pun berkaitan dgn
kursus techno..
wajib post ye..
yg ni bukan gambar ke ape tp video dr u-Tube..

Video pertama ni pasal IPAD..
video




Video kedua ni pula iklan TV3..
al-kisahnya pasal kongsi raya..
patut ke x patut??
Iklan ni dikatakan telah menyebabkan ramai penonton2
yg beragama Islam tidak berpuas hati
dan memaksa pihak tertentu supya tidak
menyiarkan iklan ini krn
ape?? Fikir sendiri..
Firman Allah s.w.t yg bermaksud :
"SESUNGGUHNYA AGAMA DISISI ALLAH IALAH ISLAM"
.
.
video

Dua video je dpt post hari ni..
lain kali pula ye..
SELAMAT MENONTON =)



Teknologi Pendidikan {3} [Gambar Model BBM]

Assalamualaikum..
Ni nak tunjuk sikit je gambar model BBM 
yang dicipta oleh saya sendiri :-D
untuk memenuhi kehendak 
kursus techno..
Model ni berkenaan dgn haji..

sape nk tahu hitam putih
kuning tu ape,,kena tgk sendiri
model sebenar..hakhakhak



Tiga udah cukup ye..
Tak boleh tunjuk bnyk2 gmbrnye..sebab x cantik..huhu

HAK CIPTA TERPELIHARA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...