Rabu, 31 Mac 2010

Hati yang terlena

Tatkala kita lihat manusia miskin, kita jauhkan diri.Bila kita lihat orang yang hudoh rupa paras, kita singkirkan dia dari kita.Bila kita melihat peminta sedekah, dalam hati berkata “Nampak sihat je, napelah tak pi cari kerja”.

Pernahkah kita memilih teman yang paling miskin sebagai kawan karib kita dalam persahabatan?.Pernahkan kita memilih mereka yang berkulit hitam legam sebagai kawan yang sentiasa berdamping dengan kita?.

Inilah suara hati yang ada pada kebanyakan manusia.Kerana dunia yang terbayang di mata, maka hati terlena di ulit syaitan durjana.Ini tak mugkin disedari andai tidak dimuhasabah diri.Pesan Rasulullah pada ummatnya “Hitunglah Diri Kamu Sebelum Kamu Dihitungkan.

Dari itu Ulama’ tasauf mengingatkan, hitunglah kesailapan-kesilpan sebelum kamu memejamkan mata, kerana boleh jadi kamu akan pejam untuk selama-lamanya.

Peribadi Rasulullah tiada tandingnya, baginda berdoa dengan doa yang mungkin hanya seorang dalam seribu manusia yang mengamalkannya,renungi petikan doanya, :

"Ya Allah hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan bangkitkanlah aku bersama orang-orang miskin" Riwayat Ibnu Majah

Indah luhurmu Rasululullah, moga kitalah pewarisnya.


diarihadi..

Selasa, 23 Mac 2010

'Dia' datang lagi

Ah! 'dia' datang lagi mengunjungku..apa 'dia' tidak pernah kenal erti penat?? atau 'dia' saja mahu lihat aku penat?? Baru saja aku berpisah dengan 'dia'..kenapa 'dia' asyik menjengukku..kenapa seolah 'dia' hanya berminat dengan aku?? aku lihat sekeliling..sahabat-sahabatku bahagia..seolah-olah mereka tidak pernah diganggu oleh 'dia'..hari ini sekali lagi 'dia' mencari ku..jenuh aku berlari untuk meninggalkan 'dia' tapi 'dia' tetap mengekoriku..aku rasa ingin menangis..ingin mencari tempat mengadu..namun 'dia' tanpa segan silu mengkhianati aku..mengganggu pula teman ku..membuat aku serba salah..ingin aku menangis namun ku tahan saja..aku cuba mencari jalan untuk melarikan diri dari 'dia'..tapi sedihnya, 'dia' telah mengepungku..aku tewas..aku menangis semahunya..lalu aku ucapkan pada 'dia', tolong jangan ganggu hidup ku lagi..aku sudah tidak kuat untuk berhadapan dengan 'dia'..tapi 'dia' tidak mempedulikan rayuan ku..aku bertanya pada 'dia', "mengapa 'kau' mencari aku lagi??" "tidakkah 'kau' merasa jemu??" "apa hak 'kau' membuat aku begini??"..puas aku tunggu, tapi tiada jawapan dari 'dia'..apa harus aku lakukan..aku cuba kuatkan semangat aku..hatiku berkata,"kau mesti berdepan dengan 'dia', tidak guna kau lari." lalu,aku bangkit..menyapu air mata,berdoa pada DIA..akhirnya aku mendapat jalan..Allah telah tunjukkan pada ku..seorang sahabat,yang mampu menolongku menyingkirkan 'dia' dari hidupku..walau aku tahu cuma sementara..tapi aku gembira, sekurang-kurangnya malam ini, aku tidak perlu memikirkan tentang 'dia'..terima kasih wahai sahabat..keranamu aku bahagia..keranamu aku sanggup berduka..

Malam ini aku boleh tidur lena..kerana 'dia' telah meninggalkan aku buat seketika..aku yakin 'dia' bakal kembali..tapi aku bersedia, kerana aku punya sahabat yang setia..walau bukan dengan wang dan harta, tapi kasih sayang sahabat mampu membangkitkan semamgatku berdepan dengan 'dia'..


'Dia' adalah ujian..ujian yang sering datang..menyuakan muka tanpa kebenaran..ye, kerana mana mungkin diizinkan..tiada siapa inginkan 'dia'..

====================================================================================
"orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah, tapi ketahuilah Allah kuatkan dia di sisi manusia....."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ya Allah, Kau bahagiakan lah sahabat ku..Kau peliharalah dia dalam iman, lindungilah dia..janagn Engkau sisihkan dia, kerana aku begitu menyayanginya..dan aku tahu dia juga menyayangi ku..

Ahad, 21 Mac 2010

Jom Tonton

Taare Zameen Par(Bintang Kecil di Bumi Tuhan)-Setiap anak adalah istimewa-

Sesuai untuk yg bergelar pendidik,ibu bapa,remaja dan kanak-kanak.


Sabtu, 20 Mac 2010

Mesej dari buah hati

Gembira tak terkira...aku menerima mesej dari salah seorang buah hati ku selain ibu ayah.. Di saat aku hampir kalah,,kerana ujian tidak pernah beralah,,mengasak dan terus mengasak ku tanpa lelah,,aku bagai orang yang salah,,namun aku tidak akan mengalah,,kerana aku yakin aku tidak bersalah..

Catitan dari buah hatiku..
"Buat adikku,
tuntutlah ilmu dengan hati yg ikhlas,
dengan kesungguhan,
bukan untuk pangkat dan kemewahan,
tetapi ilmu yang baik itu
apabila diamalkan dan diajarkan,
ilmu itu mendekatkan diri mu denganNYA!

Setiap ilmu tidak pernah rugi
malah itu adalah kejayaan
yang akan diterima kelak.

Sudah lumrah dalam menuntut ilmu,
sering dihujani ujian,
dan ujian itu menjadikan kita manusia yang sebenar,
usah takut pada ujian,
walau diuji dengan kejauhan ini..
usahlah leka ditiup angin duniawi
yang akan membuaimu,
sesungguhnya semua itu adalah ujian
untuk menguji kekuatan dan keimananmu..

Diri mu hebat,
teruskan usaha dan cita-cita mu agar menjadi kenyataan,
dan impian yang ada dalam diri mu
terus bersinar,
walau apa jua halangan jangan kaburinya,

Doa untuk mu sentiasa di sisi
semoga menjadi insan mulia,
Adikku, seperti mutiara yang indah
tetap berkilauan di dasar lautan.."

==========================================================
Menitis air mataku, kakak.. Kau jua lah yang menyayangi adik mu yang lemah ini..
kamu lah yang tidak putus-putus memuji ku yang penuh cacat cela ini.. engkau
juga lah yang sering menimbun semangat buatku..begitu indah hati mu terhadap ku.
Kau lah kakak ku, dunia akhirat..
Azwa...

Mahasiswa Bertaraf Dunia

Elemen yang tersurat dan tersirat membantu untuk mencapai hasrat menjadi seorang MBD.. Perhatikan elemen yang tersirat ibarat roda belakang sebuah basikal yang dikawal arahnya oleh roda hadapan. tanpa kedua-duanya basikal tidak boleh bergerak dengan lancar.

Yang tersirat:
  • kematangan berfikir
  • cekal dan kental
  • bersemangat waja
  • berkeyakinan tinggi
  • rajin
  • berani
  • berkeinginan
  • sentiasa ingin berada di hadapan dari orang lain
  • pemikiran kritis
  • kreatif
Yang tersurat:
  • menguasai ICT
  • komunikasi yang baik
  • penggunaan bahasa Inggeris
  • inovatif
  • menunjukkan etika profesional
  • cemerlang dalam akademik
  • mempunyai sifat kepimpinan
  • mempunyai pengetahuan dalam organisasi dan pengurusan
  • kemahiran sosial
  • boleh berkerjasama dalam satu kumpulan
  • boleh bekerja dalam suasana global
Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang perlu ada. Di sini hanya sedikit yang dipersembahkan, sebagai bantuan untuk masa hadapan.

(Mahasiswa abad 21,abdul razaq ahmad)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...