Ahad, 9 Oktober 2011

senyum..

 بسم الله الرحمن الرحيم



senyum..
satu perbuatan yang paling mudah
tanpa guna tenaga yang banyak
ayah cakap senyum sedekah tanpa memerlukan wang
ayah jugak cakap
kalau susah hati..
cuba senyum..
kalau ada masalah..
jangan senyum hilang dari wajah..
kalau sakit..
apa nak buat...nangis tak apa..
tapi senyum tetap ada..lambang kita menerima..
saya cakap..
sebab senyum saya tak tahu apa rasa di hati ayah
ayah risau, tapi ayah masih mampu ukir senyuman
ayah sedih, tapi masih tetap senyum
tak pernah saya lihat air mata ayah menitis..
hebatnya senyum itu...
apa perasaan di hati dapat bersembunyi di sebaliknya..

tapi mata..
kata orang mata tak pernah menipu..
saya tatap wajah ayah..
riaknya ceria kerana senyuman
tapi matanya..menunjukkan perasaannya yang sebenar..
betul..mata takkan menipu..

saya cuba jadi seperti ayah..
walau saya tahu mata takkan menipu..
kerana ia memancarkan perasaan...
tapi dengan senyuman
saya bahagia..
walau di hati terluka..

saya belajar dari ayah..
senyum lambang kesabaran
ketika ditimpa musibah..
dan saya akan cuba..
cuba ukir senyuman terindah
walau pun payah..

Isnin, 3 Oktober 2011

Ada apa dengan UJIAN??

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila dihitung hari demi hari, tidak pernah hidupku sunyi dari ujian.. saban waktu aku mencari apa kesalahanku dulu, atau masa lampau yang aku tak pasti . adakah ujian yang menimpa ini sebagai kafarah pada dosa ku dulu.. atau Allah sengaja memberi musibah ini sekarang, kerana Dia bakal menggantikan sesuatu yang baik untukku kelak..

Aku memandang masa kecilku..mungkin dulu aku lebih bahagia. Kini, bila aku jauh dari keluarga, makin banyak dugaan yang menimpa. Tapi, aku seorang yang tidak mudah mengalah. Biar apa saja ujian, aku terus tabah. Datang satu lagi ujian, namun aku terus berjuang. Aku tetap seorang yang kuat, dan hati aku takkan mudah patah. 

Namun..makin aku cuba menjadi seorang yang tabah, makin aku cuba tunjukkan yang aku seorang anak yang kuat, makin hebat dugaannya. Sampai suatu saat aku merasa terlalu lemah. Akhirnya aku rebah. Ya, aku seorang yang lemah tetapi sebagai hambaNYA.. biar aku lemah di sisi Tuhan ku, tapi aku kuat di sisi manusia lainnya…

Aku akan teruskan hidup, selagi Dia mengizinkan aku bernafas, takkan aku sia-siakan..walau jalanku penuh duri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...