Rabu, 23 Mei 2012

Berjaga malam

بسم الله الرحمن الرحيم

memandangkan minggu ni minggu ke 13, bermakna ada seminggu lagi sebelum tiba minggu ulang kaji dan minggu peperiksaan.. jadi memang teramat banyak tugasan yang perlu disiapkan dan perlu dibentang. ada lagi satu projek belum selesai iaitu projek keusahawanan..memang mencabar mental dan fizikal..malam ni, esok dan lusa terpaksa berjaga malam untuk siapkan segala tugasan dan report..

sekarang jam 2:34 am bermakna sudah berjam-jam bertungkus lumus menyiapkan tugasan fiqh sirah tapi tak siap-siap juga..tapi masih sempat jenguk blog kesayangan ni, sambil tunggu nak bersahur then sambung buat assignment semula. 

gambar tak bermutu tinggi

 semoga Allah memberi kekuatan untuk hadapi hari-hari seterusnya..

Isnin, 21 Mei 2012

Teman Sebilik

بسم الله الرحمن الرحيم


Seumur hidup dari darjah satu sampai lah sekarang berada di universiti, saya hanya pernah mempunyai seorang Teman Sebilik. Disebabkan saya bersekolah harian biasa semasa sekolah rendah dan sekolah agama arab, saya tidak pernah tinggal di asrama. Jadi saya tak pernah merasa bagaimana tinggal berjauhan dengan ibu ayah dan  bagaimana perasaan tinggal bersama-sama orang luar. Saya selalu terfikir mampukah saya menyesuaikan diri dengan teman sebilik saya bila belajar di universiti nanti. Adakah teman sebilik saya seorang yang mesra atau mungkin dia seorang yang pendiam..

Bila saya masuk ke UKM ni, masa tahun pertama saya tinggal di kolej yang telah ditetapkan untuk saya. Pada masa tu, saya tinggal di asrama (satu bilik dua orang pelajar). Mula-mula saya masuk ke bilik pada hari pertama saya jumpa teman sebilik saya tu, saya sangka dia orang luar (negeri lain) tapi rupa-rupanya dia juga berasal dari kelantan. Dia belajar di fakulti sains dan teknolgi manakala saya di fakulti pendidikan.

Alhamdulillah, saya dapat menyesuaikan diri bersama dia. Kami selalu berkongsi cerita bila berada di bilik. Banyak kenangan manis yang saya rasai yang mana takkan sama apa yang saya rasai bila bersama teman-teman lain. Bukan bermaksud teman lain tidak istimewa tetapi setiap teman itu ada keistimewaan masing-masing. Semua perasaan berbeza bila kita bersama teman-teman. Dan semua teman saya sangat istimewa buat saya.

Kenapa saya bercerita tentang teman sebilik saya ni. Bukan sebab dia terlalu istimewa tapi sebab saya terlalu rindukan dia. Semalam susah nak lelapkan diri, tiba-tiba teringat kat dia. Disebabkan kami hanya bersama selama setahun, kemudian masa tahun 2 dan tahun 3 sekarang saya pindah ke kolej lain. Terpaksa berjauhan dari dia. Nampaknya kami mungkin susah nak berjumpa sebab sekarang dia di tahun akhir tapi saya ada setahun lagi berbaki..

Semoga ukhuwah yang terbina kekal selamanya..

Pasti orang lain pun ada pengalaman bersama teman sebiliknya. Saya pernah dengar ada yang teman sebiliknya cerewet, kedekut, garang, pendiam, ada juga yang terlalu baik hati, ambil berat dan ada juga yang bersikap keibuan, macam mak pula. Walau bagaimana pun cara mereka menerima kita, kita terimalah mereka seadanya..









Ahad, 20 Mei 2012

saya suka buat assignment

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah hari ni dapat siapkan dua tugasan yang wajib dihantar esok..stress sangat minggu-minggu terakhir macam ni la banyak tugasan kena siapkan. Tugasan yang sengaja ditangguhkan dan ditambah lagi tugasan yang diberi saat-saat akhir. Memang semenjak dua menjak bermenjak-menjak ni mengadap laptop je.. Waktu sekarang ni tengah rehatkan badan, minda sambil makan biskut dan minum teh o dan sambil blogging.

Tengah hari tadi bertungkus lumus menyiapkan tugasan kursus metod dakwah. Masa tengah mengarang tu kena ingat balik peristiwa, kejadian yang berlaku sepanjang program untuk masyarakat orang asli di Pos Hendrop. Teringat pula pada mak angkat di sana. Semoga dia sihat selalu dan yang paling penting dia bahagia. Mesti sekarang dia sunyi sebab tinggal di rumah seorang diri tanpa anak dan suami. Nak telefon pun  tak boleh sebab dia mana ada telefon rumah atau handset. Kalau ada pun mana ada line kat kampung tu..


Tengah seronok mengarang teringat pula pada adik-adik orang asli dari Sungai Siput, Perak. Teringat masa melayan kerenah mereka dan paling tak boleh dilupakan masa mereka nak bertolak balik ke kampung. Ada yang menangis dan ada yang senyum memanjang, mungkin seronok dan puas hati dapat datang ke UKM ni. Bangga dengan adik-adik kat sana, mereka sangat berbakat dan pintar. Semoga kita berjumpa lagi ye dik...


Khamis, 17 Mei 2012

Akhirnya muncul kembali

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, rindu nak menconteng, menaip dan rindu semua lah pada blog ni..dah lama x mencoret kat blog ni..berbulan-bulan dah..dari status bujang sehingga sekarang..saya dah bergelar ISTERI...
Alhamdulillah, umur masih panjang, masih diberi ruang dan peluang mencontang-canting kat blog penghuni bumi ni...tapi tak ada apa-apa nak tulis buat masa ni..sekarang jam menunjukkan pukul 8.18p.m..masa untuk makan bagi menambahkan tenaga sebab malam ni banyak sangat perancangan untuk menyiapkan tugasan yang dahlama dibiarkan bertimbun..

note : walaupun tak selera makan, tapi tanpa sedar makan banyak jugak..why??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...