Selasa, 22 November 2011

masih sibuk, sakit

بسم الله الرحمن الرحيم

ambik dari google..

kerinduan membawa aku ke sini..
ok..sebenarnya bukan hanya sebab rindu nak menulis kat blog ni, tapi sebab penat, penuh dengan masalah dan kerja yang bertimbun. hari sabtu 19/11/2011 ada fiesta futsal terbuka dan penghuni bumi terpaksa main. dalam perjalanan nak pergi ke tempat pertandingan, penghuni bumi terjatuh di dalam bas kerana bas tu terlalu padat dengan manusia dan masa melalui selekoh, bas tu seolah-olah hampir nak terbalik. Alhamdulillah bas tak terbalik tapi penghuni bumi yang terbalik. so, lutut tercedera. masa pertandingan penghuni bumi jadi goal keeper je sebab kaki baku dan lutut sakit..

20/11/2011 ada interaksi mahabbah antara PERDANA UKM dengan PMK UM. pagi tu kena main futsal lagi..huhu..pertandingan persahabatan. kali ni penghuni bumi jadi player biasa tak jadi goal keeper dah sebab kedua-dua belah lutut lebam teruk. masa main tu badan dah sakit-sakit lepas main bertambah sakit..habis main futsal, terus pergi dewan untuk interaksi..pukul 1 lebih balik kolej, terus tidur..bangun tidur rasa tak boleh nak jalan, sakit..ni la sebab dah lama tak main lasak.

21/11/2011 kelas berjalan macam biasa..mlm ada meeting konvensyen..macam2 hal yang berlaku yang menyedihkan. yang menggembirakan pun ada juga..hmm...nak buat report tapi tak larat nak fikir..menulis blog tak perlu perah otak pun..jadi menulis kat sini untuk hilangkan kepenatan, kemurungan dan seumpanya... 


notes: 
-menulis macam tak ada perasaan je...entah apa-apa..
-lutut masih sakit...tapi sakit itu baik..






Khamis, 3 November 2011

Serius......

بسم الله الرحمن الرحيم

Entry yang serius..
Serius... mental dan fizikal sangat penat...
Serius...rindu kat family di kampung..
Serius..dalam dilema...
Serius...sedih..sebab balik malam raya..
Serius..baca blog bloggers..
Serius..tengah blogwalking...
serius..serius..serius..tak tahu nape betul-betul serius...

Minggu2 yang sibuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dapat juga jenguk blog kesayangan ni dan paling penting, dapat nulis kat dinding blog ni.. rindu sangat dah nak menulis, meluah rasa gembira, kecewa, sedih dan paling penting jugak rasa bersyukur atas nikmat Allah.

Semester ni memang terlalu busy. Bila start dengan pertandingan badminton, bermula lah episod minggu  yang penuh dengan kesibukan.  Selepas pertandingan badminton yang dianjurkan kelab Semut Smash, berlangsung pula kejohanan bola jaring 6 sebelah anjuran kumpulan Simply 9 yang dianggotai oleh penghuni bumi dan rakan2. Jadi urus setia memang kelam kabut. Tengok pemain2 dan pasukan sorak pulak memang mencuit hati.

kumpulan simply 9..tgh buat sorakan =)

pensyarah pun nak main..hebat tuuuu

 kejohanan bola jaring..
Selesai kejohanan bola jaring, muncullah program motivasi di sekolah. Pertama sekali program motivasi kat sekolah agama menengah tanjong karang. Program ni berlangsung selama 3 hari 2 malam. Penghuni bumi dan rakan2 kumpulan Imtiaz dijemput menjadi fasilitator. Seronok gi program kat sana. Semua adik2 kat sana sporting.
kumpulan penguin..yusuf, amin, afiq, shafiqah, azila, nabiha, farahin, annisa..

Tak sempat hilang penat berprogram kat SAMTK, kena gi kat perlis pulak.. Kali ni pun program motivasi jugak, tapi kali ni anjuran kumpulan Imtiaz, anggotanya adalah penghuni bumi dan 8 lagi rakan2 lain. Kumpulan sinar murabbi di jemput menjadi fasilitator. Bermula dari subuh pagi (waktu bertolak) sehinggalah bertolak balik ke UKM semula, memang banyak kenangan terindah..

(gambar xde lagi...)


Lepas cuti raya nanti, banyak lagi program yang akan menyusul.....bermula lagi minggu2 yang sibuk..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...