Aku tahu....

Sahabat,
aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,

aku
juga bukan insan
teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,
aku
lemah untuk itu,
aku
juga tidak akan
menjadi si dia yang hebat
untuk mu,
aku
 hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi
sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu
tika engkau lesu,

tetapi,
terkadang aku meminta darimu,
namun tidak perlu
diri mu menjadi
pemberi ku
penuhi hasratku,
kerana aku bukanlah
orang penting bagimu,
penuh rahsia mu,
namun aku bukan telinga
buat mu, kerana
aku bukan kepercayaan mu,

adakalanya aku
menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerana aku
tidak sehebat sahabat mu
di situ,

dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku
kerana
pinta menjadi temanku,
sedang aku
tidak layak buat mu
duhai sahabat ku..




Ulasan

Catat Ulasan