Ahad, 26 September 2010

Wah, bestnya naik beskal!

Salam sejahtera.
 Hari ni tak ada apa yang berilmiah nak dikongsikan.
Sekadar nak isi masa zero..
Nak semai kasih sayang =)


Sambil2 tunggu video siap didownload,
so nak cari gambar2 nk siapkan tugasan..
on the way mencari gambar2
berkenaan..
terjumpa la satu gambar yang menarik.
Mesej nya penuh dengan 
kasih sayang =)

Jom tengok gambar kat bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.

Tengok la
betapa baiknya orang tu melayan
kambingnya..hehe

Betul ke tak itu kambing peliharaan dia,
i tak tahu.
tapi takkanlah kambing tu menumpang dia kn??
.
.
.....bang, minta tumpangkan saya balik ke rumah...
~lalala~






note: berkasih sayang =)

Jumaat, 24 September 2010

Akhirnya......

Assalamu'alaikum...
Beberapa kali mencuba,,mencuba dan terus mencuba
akhirnya....
dapat jugak connect dengan internet.
Fuh! Minggu yang penat..
sebab hari-hari ada kelas malam.
Exam pun waktu malam..sabar je la..

Walaupun penat,,banyak kerja kena buat,
akhirnya...
dapat jugak post entry kali ni.
Macam-macam hal yang berlaku,,
menyebabkan aku tak dapat post apa-apa entry.
Salah satunya....
tak dapat connect dengan internet.

Nak buat ucapan hari raya pun tak sempat..
Rasanya,,setakat ini dulu 
sambung esok lusa pulak.
Mata sudah mahu tertutup,
nak tahan dengan batang mancis pun tak boleh..
jadi penyelesaiannya,,,
TIDUR...

Sebelum itu dan pastinya belum terlambat lagi
nak buat ucapan yang sudah lama terpendam..
akhirnya....
dapat jugak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan juga BATIN =)


Rabu, 22 September 2010

gUmBira =)

Hari ni dapat ladtop!!
yes, gumbira! gumbira!
MySpace

Rabu, 1 September 2010

Teknologi Pendidikan {1}

"Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu.
Didiklah dan persiapkanlah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan 
zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu."
(Ali bin Abi Thalib RA)


Seperti mana kita tahu, pentingnya integrasi ICT dalam P&P Pendidikan Islam. Namun, pelbagai cabaran timbul dan memberi kesan negatif kepada guru2 dalam mengaplikasikan teknologi ini.

Antara cabaran2 yang dihadapi guru2 adalah seperti prasarana di mana kurangnya ketersediaan alat bantu mengajar, kurang pakar dalam ICT, kurang perhatian dari pihak KPM dari pelbagai hal, kurang kejasama antara guru2 dan banyak lagi cabaran yang mendepani guru2 PIBA.

Berikut merupakan beberapa cadangan dalam menghadapi cabaran mengintegrasikan ICTdalam P&P Pendidikan Islam:

  • Pihak Kementerian Pelajaran perlu memainkan peranan dalam mewujudkan dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan teknologi kepada guru.
  • Ketua Bidang Pendidikan Islam di sekolah juga perlu memainkan peranan dengan mewujudkan kerjasama di antara guru2 PIBA dalam membuat bahan bantu mengajar menggunakan teknologi.
  • Dari sudut guru itu sendiri, mereka perlu lah menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran menggunakan teknologi, dan bersedia berubah kepada sikap aktif menyahut cabaran.
  • Pihak swasta atau NGO juga berperanan, contohnya pemberian komputer atau sumbangan dalam bentuk tenaga pakar bagi melatih guru2 dalam penggunaan teknologi.
  • Bagi masyarakat pula, mereka perlu buang pandangan ringan mereka dengan menganggap matapelajaran Pendidikan Islam tidak berkait dengan teknologi dan tidak perlu bagi guru2 PIBA menggunakannya.


Wallahua'alam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...