Teman Sebilik

بسم الله الرحمن الرحيم


Seumur hidup dari darjah satu sampai lah sekarang berada di universiti, saya hanya pernah mempunyai seorang Teman Sebilik. Disebabkan saya bersekolah harian biasa semasa sekolah rendah dan sekolah agama arab, saya tidak pernah tinggal di asrama. Jadi saya tak pernah merasa bagaimana tinggal berjauhan dengan ibu ayah dan  bagaimana perasaan tinggal bersama-sama orang luar. Saya selalu terfikir mampukah saya menyesuaikan diri dengan teman sebilik saya bila belajar di universiti nanti. Adakah teman sebilik saya seorang yang mesra atau mungkin dia seorang yang pendiam..

Bila saya masuk ke UKM ni, masa tahun pertama saya tinggal di kolej yang telah ditetapkan untuk saya. Pada masa tu, saya tinggal di asrama (satu bilik dua orang pelajar). Mula-mula saya masuk ke bilik pada hari pertama saya jumpa teman sebilik saya tu, saya sangka dia orang luar (negeri lain) tapi rupa-rupanya dia juga berasal dari kelantan. Dia belajar di fakulti sains dan teknolgi manakala saya di fakulti pendidikan.

Alhamdulillah, saya dapat menyesuaikan diri bersama dia. Kami selalu berkongsi cerita bila berada di bilik. Banyak kenangan manis yang saya rasai yang mana takkan sama apa yang saya rasai bila bersama teman-teman lain. Bukan bermaksud teman lain tidak istimewa tetapi setiap teman itu ada keistimewaan masing-masing. Semua perasaan berbeza bila kita bersama teman-teman. Dan semua teman saya sangat istimewa buat saya.

Kenapa saya bercerita tentang teman sebilik saya ni. Bukan sebab dia terlalu istimewa tapi sebab saya terlalu rindukan dia. Semalam susah nak lelapkan diri, tiba-tiba teringat kat dia. Disebabkan kami hanya bersama selama setahun, kemudian masa tahun 2 dan tahun 3 sekarang saya pindah ke kolej lain. Terpaksa berjauhan dari dia. Nampaknya kami mungkin susah nak berjumpa sebab sekarang dia di tahun akhir tapi saya ada setahun lagi berbaki..

Semoga ukhuwah yang terbina kekal selamanya..

Pasti orang lain pun ada pengalaman bersama teman sebiliknya. Saya pernah dengar ada yang teman sebiliknya cerewet, kedekut, garang, pendiam, ada juga yang terlalu baik hati, ambil berat dan ada juga yang bersikap keibuan, macam mak pula. Walau bagaimana pun cara mereka menerima kita, kita terimalah mereka seadanya..









Ulasan

Catat Ulasan