Ada apa dengan UJIAN??

بسم الله الرحمن الرحيم

Bila dihitung hari demi hari, tidak pernah hidupku sunyi dari ujian.. saban waktu aku mencari apa kesalahanku dulu, atau masa lampau yang aku tak pasti . adakah ujian yang menimpa ini sebagai kafarah pada dosa ku dulu.. atau Allah sengaja memberi musibah ini sekarang, kerana Dia bakal menggantikan sesuatu yang baik untukku kelak..

Aku memandang masa kecilku..mungkin dulu aku lebih bahagia. Kini, bila aku jauh dari keluarga, makin banyak dugaan yang menimpa. Tapi, aku seorang yang tidak mudah mengalah. Biar apa saja ujian, aku terus tabah. Datang satu lagi ujian, namun aku terus berjuang. Aku tetap seorang yang kuat, dan hati aku takkan mudah patah. 

Namun..makin aku cuba menjadi seorang yang tabah, makin aku cuba tunjukkan yang aku seorang anak yang kuat, makin hebat dugaannya. Sampai suatu saat aku merasa terlalu lemah. Akhirnya aku rebah. Ya, aku seorang yang lemah tetapi sebagai hambaNYA.. biar aku lemah di sisi Tuhan ku, tapi aku kuat di sisi manusia lainnya…

Aku akan teruskan hidup, selagi Dia mengizinkan aku bernafas, takkan aku sia-siakan..walau jalanku penuh duri..

Ulasan