Ahad, 3 April 2011

Setiap anggota harus bersedekah setiap hari

بسم الله الرحمن الرحيم





Satu persoalan untuk diri sendiri, adakah aku sudah bersedekah hari ini? Bagaimana caranya setiap anggota aku ini boleh bersedekah?
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari, apabila terbit matahari engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah, membantu seseorang menaiki tunggangannya ataupun mengangkat barang-barang ke atas tunggangan adalah sedekah, kata-kata manis juga sedekah, setiap langkah yang engkau melangkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah, dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas (jalanan) orang ramai juga merupakan sedekah." (HR Bukhari dan Muslim)

SubhanAllah..indahnya Islam..setiap apa yang kita lakukan yang bertujuan untuk kebajikan dikira sedekah. Begitu mudahnya jika kita ingin memperoleh pahala. Ramai yang tidak mengetahui konsep sedekah itu sendiri. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa sedekah itu mestilah mengeluarkan wang atau apa-apa sahaja barangan yang bernilai, sedangkan sebenarnya sedekah itu luas dan banyak cara untuk bersedekah. 

Ada segelintir yang merasakan dirinya tidak mampu untuk memperoleh pahala sedekah kerana tidak berduit. Ada yang menjawab, macam mana hendak bersedekah, sedangkan duit untuk makan pun tidak mencukupi. Mungkin kita pernah berada dalam situasi di mana kita menghadiri satu forum atau ceramah dan kutipan derma untuk anak yatim,mangsa bencana atau pun mangsa kekejaman zionis dijalankan, kita teringin sekali untuk menderma tapi malangnya waktu itu kita betul-betul ketiadaan wang. Lantas kita merasa kecewa dan sedih sebab merasakan peluang pahala kita sudah terlepas sekali lagi. Penghuni bumi juga pernah merasai situasi ini..hati betul-betul rasa sedih. Namun diingat kembali bahawa sedekah bukan hanya dengan memberi derma berupa wang semata-mata. Tapi doa untuk mereka juga dikira sedekah. yang mana ianya senang tanpa perlu mengeluarkan wang walau satu sen. Berdoa supaya Allah memelihara mereka, menguatkan jiwa dan mental mereka serta semangat mereka dalam menghadapi ujian itu.

Sayang Allah pada hambaNYA..setiap kebaikan walau tidak nampak di pandangan mata, ganjaran tetap diberi. Dan begitulah sebaliknya, menunjukkan Allah itu adil. sebgaimana firmanNYA yang bermaksud :
"Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) 


note: mulakan hari anda dengan bersedekah dan tamatkan hari anda (sebelum tidur) dengan bersedekah =)








1 ulasan:

  1. sedekah yang paling mudah adalah SENYUM...senyumlah dari hati senyumanmu berseri

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...