Siap untuk pergi..

بسم الله الرحمن الريم

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Siang malam bersilih ganti, saat tak henti berdetik akhirnya exam dah habis..tapi untuk semester ni saja. Semester depan bakal muncul juga, dengan izin-Nya. Tapi, kena usaha supaya hal sama tak berulang lagi. 

Hari ni baru siap kemas barang2, simpan dalam stor. Penat sangat sebab stor tu jauh, lagi memenatkan bila kena turun tangga. Cuba bertahan walaupun tangan dah terluka, terketar-ketar, akhirnya settle juga. Rasa sayang nak tinggalkan kolej ni. Semester depan tinggal di kolej lain. Tiap tahun akan bertukar kolej. Kalau boleh nak merasa semua kolej yang ada dalam UKM ni tapi tak sempat, sebab belajar 4 tahun je. Ada angan2 la pula...

Lagi sayang nak tinggalkan hari-hari lepas, namun tak sabar menunggu merasai hari-hari mendatang. Tahun ini banyak memberi pengajaran dan pengalaman. Walau pun kepahitan yang berlaku masih terasa namun ia mengajar aku menjadi dewasa. Biarlah seberat mana dugaan dan ujian itu, tapi akhirnya dah terbukti bahawa aku mampu menghadapinya sehingga ke saat ini. Mudah-mudahan ujian yang bakal menyusul mampu ditempuhi dan mendidik aku menjadi lebih matang walau terkadang masih bersifat keanak-anakkan.


notes :
-siap untuk pergi meninggalkan kolej ibrahim yaacob, terutamanya bilik yang tersayang, rasanya tak mungkin dah naik highlander ni sem depan.
-siap untuk pergi meninggalkan kafe yang ada makanan+air yang sedap.
-siap untuk pergi meninggalkan senaman harian.(sepanjang tahun 2 ni tak perlu risau pasal berat badan, sebab hari2 buat senaman mendaki bukit, lepas ni tak dah..huhu)

Ulasan

  1. InsyaAllah~tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu =)

    BalasPadam

Catat Ulasan