sekadar menjenguk

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, dapat juga menconteng dinding blog ni.. hari2 jenguk blog sahabat2, tengok bloglist kt sidebar, rupanya sudah 2 bulan blog ni x di update.. 

Bercerita tentang semester ni, macam2 hal berlaku. Ada yang manis tidak lupa pahitnya. Penuh mencabar..Banyak ujian terpaksa dihadapi. Kadang2 menangis seorang diri hanya DIA yang mengetahui. Tapi alhamdulillah, rasanya dalam sem ni, ukhuwwah dengan sahabat2 PIBA makin erat. Semoga Allah memeliharanya. Yang tidak kenal makin mengenali. Benarlah kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.

Usah dikenang pada yang pahit, sekadar memandang menjadi teladan. Yang manis tidak boleh ditinggalkan kerana menjadi review terbaik untuk kenangan. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yg bersyukur..

Siang malam bersilih ganti,  begitu cepat masa berlalu. nampaknya semester ni dh nk sampai penghujung..jadual final exam dh dapat. Dah nk exam rupanya...tapi belum bersedia dari sudut fizikal n mental. Fuh! nampaknya hari2 akan berada dalam kepenatan.

Tapi walaubagaimana pun, usaha itu penting jika nakkan KEJAYAAN. Ayuh! Bangun berjuang!

notes : selamat berjuang kepada sahabat2 semua.


Ulasan