Beli Kasut Kulit Babi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum..beberapa hari kebelakangan ni, penghuni bumi ditimpa macam2 musibah, rasa macam tak nak tinggal kat sini dah. Nak balik kampung duk bawah ketiak mak ayah..huhu..rindu sangat family kat kampung. Berbalik pada topik, baru-baru ni penghuni bumi keluar jenjalan kat pusat beli belah sambil2 baiki nset yang rosak teruk serta hampir berkecai (banyak duit habis,huhu..ganas sangat), pas tu terpandang sepasang kasut yang comel sangat. Disebabkan harganya x mahal rm39 je, so penghuni bumi minta pekerja kat situ carikan sepasang yang sama saiz dengan kaki ku ini. Nasib menyebelahi nampaknya, ada saiz tu. So, tanpa cuba2, terus bayar, kira jadi beli lh kn..gembira masa tu, sebab lama dah niat nak beli kasut.

Lepas 2 minggu dari tarikh beli kasut tu, langsung penghuni bumi x tengok atau pakai kasut tu. Simpan dalam kotak je. Satu hari rasa rindu nak tengok kasut tu. Terdetik kat hati nak buat spot check, mana la tahu kot2 diperbuat daripada kulit babi. Penghuni bumi teliti betul2, rasa gembira sebab kulit kat luar kasut tu bukan daripada kulit babi. Then, tengok kat dalam kasut tu, tetiba je hati berdebar-debar. Rasa nak tercabut jantung je. Hatiku yakin, sah! Itu memang kulit babi! Rasa nak nanges je, rasa risau sangat. Alhamdulillah, penghuni bumi x pakai dan x tersentuh dengan kulit babi tu. X tahu nak buat apa dengan kasut tu..

Sebenarnya berlambak kasut atau barangan kat pasaran diperbuat daripada kulit babi. So, kena hati2 lah masa beli apa2 barangan daripada kulit. teliti dulu betul2. Kasut, beg, sarung handset, dll. Bagi yang suka shopping secara online pun sama. Kebanyakannya ramai yang tertipu, sebab tengok gambar je kan, macam mana nak cam kn kulit babi ke ape. Jadi, pengguna kat luar sana SILA HATI-HATI. Ulang taip,SILA HATI-HATI dan TELITI.

Tapi ramai yang x tahu macam mana rupa kulit babi tu kan. Kat bawah ni penghuni bumi akan share cam mana nak kenal kulit babi :

Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah : 

# Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini  ;

#Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain. 

#Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut. 

#Orang kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki. 

#Berikut adalah contoh2 barangan yang diperbuat daripada kulit babi sebagai panduan untuk kita mengenalpasti:






note :1- gambar kasut kat atas tu bukan kasut penghuni bumi..ambil dari uncle Google.
        2- cara2 kat atas tu diambil dari blog seorang hamba Allah. Lupa link nya. Maaf..

Ulasan