Rabu, 1 September 2010

Teknologi Pendidikan {1}

"Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu.
Didiklah dan persiapkanlah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan 
zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu."
(Ali bin Abi Thalib RA)


Seperti mana kita tahu, pentingnya integrasi ICT dalam P&P Pendidikan Islam. Namun, pelbagai cabaran timbul dan memberi kesan negatif kepada guru2 dalam mengaplikasikan teknologi ini.

Antara cabaran2 yang dihadapi guru2 adalah seperti prasarana di mana kurangnya ketersediaan alat bantu mengajar, kurang pakar dalam ICT, kurang perhatian dari pihak KPM dari pelbagai hal, kurang kejasama antara guru2 dan banyak lagi cabaran yang mendepani guru2 PIBA.

Berikut merupakan beberapa cadangan dalam menghadapi cabaran mengintegrasikan ICTdalam P&P Pendidikan Islam:

  • Pihak Kementerian Pelajaran perlu memainkan peranan dalam mewujudkan dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan teknologi kepada guru.
  • Ketua Bidang Pendidikan Islam di sekolah juga perlu memainkan peranan dengan mewujudkan kerjasama di antara guru2 PIBA dalam membuat bahan bantu mengajar menggunakan teknologi.
  • Dari sudut guru itu sendiri, mereka perlu lah menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran menggunakan teknologi, dan bersedia berubah kepada sikap aktif menyahut cabaran.
  • Pihak swasta atau NGO juga berperanan, contohnya pemberian komputer atau sumbangan dalam bentuk tenaga pakar bagi melatih guru2 dalam penggunaan teknologi.
  • Bagi masyarakat pula, mereka perlu buang pandangan ringan mereka dengan menganggap matapelajaran Pendidikan Islam tidak berkait dengan teknologi dan tidak perlu bagi guru2 PIBA menggunakannya.


Wallahua'alam..




2 ulasan:

  1. Saya setuju dengan pendapat yang telah diberikan diatas.Kekurangan prasarana, kerjasama dan yang paling utama sikap guru-guru itu sendiri yang tidak mahu menyahut cabaran mendepani dunia teknologi dan inovasi merupakan cabaran dan halangan besar dalam pengintegrasian ICT.

    -AINN FARHANA BINTI SAMAH (A 131058)

    BalasPadam
  2. Assaalmualaikum..

    Bagi saya, saya bersetuju jika di katakan kekurangan prasana lah menyebabkan guru-guru kita semakin ketinggalan IT.Namun, kita tidak boleh mengangap itu sebagai kelemahan yang utama. Bagi saya dan saya sangat bersetuju dengan saudari apabila mengatakan bahawa sikap guru itu sendiri yang menyebabkan guru-guru ketinggalan dalam ilmu teknologi. Malah ada sesetengah pelajar yang lebih terkehadapan dalam kemahiran ini. Jadi, kita sebagai guru dan bakal guru hendaklah mencari jalan penyelesaian agar isu ini tidak terus menghantui diri mereka.Yang penting " HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH" ..."SESIAPA YANG BERUSAHA, DIA AKAN BERJAYA".

    SITI SAADAH MOHAMED
    A129673

    WALLAHU'ALAM....

    WSALAM...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...