Puasa menyihatkan tubuh badan :-)

Assalamualaikum semua...

N3 kali ni nak kongsi tentang kelebihan berpuasa dari aspek kesihatan..antara kelebihannya:

  1. Semasa berpuasa, organ2 tubuh dapat beristirehat dan meningkatkan daya tahan tubuh (sistem imun) yg mampu menangkis serangan penyakit.
  2. Kotoran, toksin/racun keluar dari dalam tubuh badan.
  3. Meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yg sudah rosak dengan yg baru serta  mempebaiki fungsi hormon.
  4. Menjadikan kulit segar, sihat, lembut dan berseri kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga iaitu proses perubahan dari energi yg terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh.
  5. Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi secara berterusan serta melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan. (buku At Tib Fil Quranil Karim).
  6. Memberi peluang kepada organ2 di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman dan mewujudkan sistem yg baru dalam badan yg bertindak mematikan sel2 lama untuk menggantikan sel2 baru yg lebih baik dan bertenaga. (Dr. Hisyam Ibrahim al-Khatib,al-Wafiz fi al-Tib)
  7. Berpuasa juga berkait dengan kesuburan lelaki. Puasa merupakan satu cara yg berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sepertimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang. (Dr Samir Abbas Malik Abdul Aziz)
  8. Bagi wanita pula, berpuasa dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yg menyebabkan kemandulan.

Ulasan