Hari yang Ceria =)

Salam ceria semua..
Sejak ramadhan ni,,mood aku...
hmmm...sangat baik.
Tak cam sebelum ni sebab aku
selalu sakit.

Yg paling hepi sebab.......
gastrik tak menyerang aku lagi setakat ni!!
Bahagia,bahagia =)
Dah habis peluru, bom dan peluru berpandu kot.
Meriam buluh pun tak menjadi,
sebab tu lah ia tak mampu serang.

Semua ni rahmat dari
Allah
dan berkat aku berpuasa..
Alhamdulillah...

Bila berpuasa ni, makan pun ikut time,,
Pagi2 bangun sahur,
cukup la ngan makan biskut IKO 2 keping, kurma sebijik,
pas 2 minum air masak @ susu.

Waktu siang plak
perut aku boleh rest puas2.
Tak de sape boleh halang lagi.
Tiba waktu maghrib (hati,perut dan segala anggota badan gumbira)
Sebab apa lagi..
Boleh makan la!!
Tapi tak de la makan sampai perut
jadi mancung (boleh caye ke aku ni??)

Sebelum tido plak
aku makan lagi...
makan yg ringan2 je la..
Minum susu ubat dan biskut tawar.

Tambah tolak cam 2 lah kitaran
makan aku hari2 dalam bulan puasa ni.....
Sebelum ni, memang tak teratur.
Waktu makan dalam pukul 1,
pakej lengkap
breakfast, lunch n dinner.
1 hari sekali je makan.

Tapi lau dah lapar sesangat waktu malam,
kunyah dan gigit je apa yg ada dalam
laci azimat ku (tak lupa jugak nak telan lepas kunyah).

Disebabkan ni lah, gastrik berani menyerangku,
serangan secara bertubi-tubi.
Semua askar pertahanan tak cukup tenaga nak melawan,,
sakit sangat, sampaikan aku...... ='(
Maaf ye wahai perut, tak jaga kamu baik2.

Harap2 habis ramadhan nanti
kekal sihat macam sekarang ni..amin..
{Kena makan secara teratur dan amalkan puasa sunat =)... }

Ulasan