Anda Individu Sukar??

Siapakah individu sukar??
Mungkin persepsi pertama di minda seseorang, individu sukar tu OKU, atau..
pengemis kat tepi jalan, atau..
orang gagap yg susah nak bercakap, atau...
 orang buta huruf n tak pandai membaca.

Hakikatnya bukan..
Saya ada terbaca di dalam sebuah buku tentang individu sukar ini n
sekadar perkongsian, jom tengok siapa yg dikategorikan sebagai individu
sukar n checkout adakah korang merupakan golongan ini =)

1. "The tank" (Kereta Kebal) - Jenis orang yg suka berkonfrontasi, suka menyalahkan orang lain, panas baran n suka mendesak, bersikap agresif.

2. "The sniper" (Penembak Curi) - Jenis orang yg suka memberi komen n kritikan yang kurang sopan, sindiran tajam, jelingan yg menyakitkan hati n melihat orang lain dgn kebodohan yg melampau.

3. "The grenade" (Bom Tangan) - Jenis orang yg cepat melenting, suka menggembar-gemburkan n merapu meraban kpd perkara2 lain. 

4. "The know-it-all" (Diri Serba Tahu) - Jenis orang yg tak ada dalam dirinya keraguan, dia merasakan telah tahu segalanya. Memiliki sifat toleransi yg rendah utk diperbetulkan n suka kpd percanggahan pendapat.

5. "The think-they-know-it-all" (Fikir Diri Sudah Serba Tahu) - Jenis orang seperti ini ialah yg tidak akan perbodohkan semua orang pd setiap masa, tetapi mereka mampu perbodohkan sesetengah orang pd masa2 tertentu. Semuanya dgn harapan utk mendapatkan perhatian ramai.

6. "The yes person" (Semua Ya) - Jenis orang yg usahanya utk menyenangkan semua orang n mengelakkan konfrontasi, tetapi orang jenis ini tidak berfikir dahulu sebelum mengatakan "Ya" pd orang lain. Akhirnya berlaku juga konfrontasi. Selalu bertindak kpd permintaan terakhir dgn melupakan komitmen yg terpenting. Memberi terlalu banyak tanggungjawab kpd orang lain sehingga tiada masa utk diri sendiri.

7. "The maybe person" (Kebarangkalian) - Jenis orang yg suka menangguhkan keputusan kerana berharapan pilihan yg terbaik akan muncul kemudian dgn sendirinya. Malangnya, apabila tiba masanya,dia terpaksa membuat apa jua keputusan yg terlintas di fikiran.

8. "The nothing person" (Buta Harap) - Jenis orang yg tidak mempunyai kata2, tidak ada tindakan susulan sebagai respon. Tidak ada apa2 yg boleh diharapkan daripada orang seperti ini.

9. "The no person" (Semuanya Tidak) - Jenis orang yg mengatakan bahawa apa yg orang lain lakukan tidak bagus n tidak betul. Dipengaruhi keinginan utk melakukan sesuatu dgn tepat tanpa melakukan kesilapan.

10. "The whiner" (Merengek) - Jenis orang yg sentiasa merasakan seolah tiada harapan, terperangkap dalam dunia yg tak adil. Suka merungut n menyalahkan takdir. Bijak melibatkan orang lain dalam masalahnya, menyebabkan seseorang itu turut menghadapi masalah.

Dah cek sama ada korang salah seorang individu sukar n tergolong dalam kategori mana??
Sesiapa yg tergolong tu, saya pun individu sukar juga muhasabah diri ye..



notes: rujukan drp buku Menangani Individu Sukar..boleh beli, hangat di pasaran sekarang.



Ulasan

  1. haha..
    kemas2..
    tq kongsi...
    agaknya sy tak de dlm list nih..hehe

    BalasPadam
  2. bagus la cm tu..
    mesti ramai org syg syahrilhafiz ni =)

    BalasPadam
  3. best 4 sharing...kena ada penilai kedua..sendiri nilai rasanya kurang tepat kot...

    BalasPadam
  4. betul3..
    p la tnya kengkawan cm ne prangai kite =)

    BalasPadam

Catat Ulasan