Mesej dari buah hati

Gembira tak terkira...aku menerima mesej dari salah seorang buah hati ku selain ibu ayah.. Di saat aku hampir kalah,,kerana ujian tidak pernah beralah,,mengasak dan terus mengasak ku tanpa lelah,,aku bagai orang yang salah,,namun aku tidak akan mengalah,,kerana aku yakin aku tidak bersalah..

Catitan dari buah hatiku..
"Buat adikku,
tuntutlah ilmu dengan hati yg ikhlas,
dengan kesungguhan,
bukan untuk pangkat dan kemewahan,
tetapi ilmu yang baik itu
apabila diamalkan dan diajarkan,
ilmu itu mendekatkan diri mu denganNYA!

Setiap ilmu tidak pernah rugi
malah itu adalah kejayaan
yang akan diterima kelak.

Sudah lumrah dalam menuntut ilmu,
sering dihujani ujian,
dan ujian itu menjadikan kita manusia yang sebenar,
usah takut pada ujian,
walau diuji dengan kejauhan ini..
usahlah leka ditiup angin duniawi
yang akan membuaimu,
sesungguhnya semua itu adalah ujian
untuk menguji kekuatan dan keimananmu..

Diri mu hebat,
teruskan usaha dan cita-cita mu agar menjadi kenyataan,
dan impian yang ada dalam diri mu
terus bersinar,
walau apa jua halangan jangan kaburinya,

Doa untuk mu sentiasa di sisi
semoga menjadi insan mulia,
Adikku, seperti mutiara yang indah
tetap berkilauan di dasar lautan.."

==========================================================
Menitis air mataku, kakak.. Kau jua lah yang menyayangi adik mu yang lemah ini..
kamu lah yang tidak putus-putus memuji ku yang penuh cacat cela ini.. engkau
juga lah yang sering menimbun semangat buatku..begitu indah hati mu terhadap ku.
Kau lah kakak ku, dunia akhirat..
Azwa...

Ulasan

  1. huhuhu..bagusnyer ade kakak mcm kak rah ni..huhu..sanggup bg kata2 perangsang buat adiknye trcinta..huhu..go go go..rah
    chaiyoook~~~

    BalasPadam

Catat Ulasan