Selasa, 23 Mac 2010

'Dia' datang lagi

Ah! 'dia' datang lagi mengunjungku..apa 'dia' tidak pernah kenal erti penat?? atau 'dia' saja mahu lihat aku penat?? Baru saja aku berpisah dengan 'dia'..kenapa 'dia' asyik menjengukku..kenapa seolah 'dia' hanya berminat dengan aku?? aku lihat sekeliling..sahabat-sahabatku bahagia..seolah-olah mereka tidak pernah diganggu oleh 'dia'..hari ini sekali lagi 'dia' mencari ku..jenuh aku berlari untuk meninggalkan 'dia' tapi 'dia' tetap mengekoriku..aku rasa ingin menangis..ingin mencari tempat mengadu..namun 'dia' tanpa segan silu mengkhianati aku..mengganggu pula teman ku..membuat aku serba salah..ingin aku menangis namun ku tahan saja..aku cuba mencari jalan untuk melarikan diri dari 'dia'..tapi sedihnya, 'dia' telah mengepungku..aku tewas..aku menangis semahunya..lalu aku ucapkan pada 'dia', tolong jangan ganggu hidup ku lagi..aku sudah tidak kuat untuk berhadapan dengan 'dia'..tapi 'dia' tidak mempedulikan rayuan ku..aku bertanya pada 'dia', "mengapa 'kau' mencari aku lagi??" "tidakkah 'kau' merasa jemu??" "apa hak 'kau' membuat aku begini??"..puas aku tunggu, tapi tiada jawapan dari 'dia'..apa harus aku lakukan..aku cuba kuatkan semangat aku..hatiku berkata,"kau mesti berdepan dengan 'dia', tidak guna kau lari." lalu,aku bangkit..menyapu air mata,berdoa pada DIA..akhirnya aku mendapat jalan..Allah telah tunjukkan pada ku..seorang sahabat,yang mampu menolongku menyingkirkan 'dia' dari hidupku..walau aku tahu cuma sementara..tapi aku gembira, sekurang-kurangnya malam ini, aku tidak perlu memikirkan tentang 'dia'..terima kasih wahai sahabat..keranamu aku bahagia..keranamu aku sanggup berduka..

Malam ini aku boleh tidur lena..kerana 'dia' telah meninggalkan aku buat seketika..aku yakin 'dia' bakal kembali..tapi aku bersedia, kerana aku punya sahabat yang setia..walau bukan dengan wang dan harta, tapi kasih sayang sahabat mampu membangkitkan semamgatku berdepan dengan 'dia'..


'Dia' adalah ujian..ujian yang sering datang..menyuakan muka tanpa kebenaran..ye, kerana mana mungkin diizinkan..tiada siapa inginkan 'dia'..

====================================================================================
"orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah, tapi ketahuilah Allah kuatkan dia di sisi manusia....."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ya Allah, Kau bahagiakan lah sahabat ku..Kau peliharalah dia dalam iman, lindungilah dia..janagn Engkau sisihkan dia, kerana aku begitu menyayanginya..dan aku tahu dia juga menyayangi ku..

1 ulasan:

  1. huhu..sape "dia" ? dan sape shbt rah yg setia tu??huhuhu..sbrlah rah..sy doakan agr rah kuat semangat n dapat menghadapi "dia" dan setiap ujian yg mndatang dgn tenang..ameen~~..
    slmt malam..miss u always..hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...