LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN POWER POINT

  1. Sila pergi ke menu utama apabila komputer dihidupkan.
  2. Klik Start, pilih Microsoft Office dan klik pada Microsoft Power Point.
  3. Selepas laman microsoft power point terpapar,pergi ke menu bar klik View dan pilih slide master.
  4. Anda boleh pilih mana-mana slide yang anda ingin. Kemudian anda boleh masukkan background, grafik dan lain-lain yang anda mahu. Setelah siap klik Close master view.
  5. Setelah itu taiplah maklumat yang anda inginkan. Sekiranya ingin membuat pautan, masukkan pautan tersebut pada muka surat seterusnya dan boldkan perkataan yang anda ingin pautkan. Pilih Insert pada menu bar dan klik Hyperlink.
  6. Seterusnya anda lihat di bar sisi sebelah kiri dan klik pada Place in this Document. Lihat pada tengah dan pilih muka surat yang anda ingin pautkan kemudian klik OK.
  7. Apabila siap semua slide anda, susun slide yang sudah dipautkan di akhir sekali. Pergi ke menu bar, klik Slide Show dan pilih Set up Slide Show. Masukkan nombor slide asal hingga akhir slide asal tidak termasuk slide pautan. Akhir sekali klik OK.
Slide anda sudah sedia untuk dipaparkan.

Ulasan