j0m menjelajah sirah



Masih ingatkah anda tentang sirah peperangan Badar??
Dalam bulan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita mengingat kembali tentang sirah Rasulullah S.A.W...!!

  • Berlakunya perang ini pada 17 Ramadhan tahun 2hijrah.
  • Sebab berlakunya adalah Rasulullah S.A.W telah memberi mandat kepada para sahabat agar menghalang kafilah Quraisy yang kembali dari Syam ke Mekah. Ia tidak bermaksud untuk berperang tetapi rombongan yang diketuai oleh Abu Sufian telah berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan kepada orang Quraisy supaya melindungi rombongan itu..
  • Kemudian keluarlah tentera Quraisy seramai 1000 orang. 100 orang memakai baju besi, 100 penunggang kuda, 100 ekor unta, 700 penunggang unta dan bersama mereka beberapa penyanyi sambil memukul gendang atau rebana dan menyanyi menghina orang Islam. Manakala bilangan tentera Islam pula dalam lingkungan 313 dan 314 orang sahaja.
  • Sebelum berlakunya peperangan, Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat. Mereka bertukar-tukar pendapat tentang pertempuran yang bakal ditempuhi.
  • Tentera Islam telah berjaya dalam peperangan ini walaupun bilangan tentera Quraisy jauh lebih ramai.
Melalui sirah ini, marilah sama-sama kita mengutip pengajaran darinya.
Fikir-fikirkan lah....

Ulasan