Isnin, 7 September 2009

CARA UNTUK MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE EXCEL


  1. Mula-mula klik start seterusnya klik pada Microsoft Office Excel.
  2. Setelah laman microsoft dibuka, tulis maklumat yang perlu antaranya, nama pelajar, markah, mata pelajaran, jumlah dan gred.
  3. Kemudian buat jadual gred markah di sebelah kiri. Untuk menamakan jadual tersebut highlight jadual tersebut dan klik Formula.
  4. Kemudian klik pula pada Difine name dan isi perkataan "gred" pada Name untuk menamakan jadual tersebut. Kemudian klik OK.
  5. Untuk menentukan gred markah, klik pada ruangan sebelah markah, kemudian klik pada formula dan klik Insert Function. Selepas itu pilih VLOOKUP dan klik OK.
  6. Langkah seterusnya klik pada markah yang berada di sebelahnya. Kemudian isi "gred" di petak table_array, "2" di petak col_index_num dan perkataan "true" di petak range_lookup. Kemudian klik OK.
  7. Bagi memberi gred untuk markah di bawahnya, anda hanya perlu highlightkan petak dari petak yang telah diisi gred tadi sehingga ke petak terakhir, kemudian klik. Gred setiap markah akan keluar. Contoh seperti di bawah.
  8. Untuk mendapatkan gred bagi matapelajaran yang lain buat seperti langkah 7 di atas. Hasilnya seperti rajah di atas.
  9. Manakala berikut adalah langkah untuk menentukan bilangan pelajar yang mendapat a,b,c,d dan e. Mula-mula klik pada ruangan sebelah bilangan A, kemudian klik fx dan pilih pada COUNTIF.
  10. Langkah selepas itu, lengkapkan ruangan range dengan cara klik pada gred bermula dari atas sehingga ke bawah sehingga timbul garisan putus-putus. Manakala pada ruangan criteria pula masukkan gred yang hendak dijumlahkan. Sekiranya bilangan A yang anda hendakkan, maka tulislah "A" di ruangan tersebut. Selepas itu klik OK. Dan begitulah seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...