Projek Terbaek Musim Exam

بسم الله الرحمن الرحيم

(Resah..yg ku ubah dalam kata melukiskan kesunyian..) nada dering nset penghuni bumi berbunyi...tengok nama yg tertera, terus penghuni bumi angkat.

Salam orang sana disambut. Dah berapa hari tak dengar suara ayah. Rindu sangat kat keluarga di sana. Lepas tanya khabar dan paling penting tentang kesihatan anak dia ni, ayah terus tanya macam mana persediaan nak exam. Apa anak dia buat kebelakangan hari ni. Penghuni bumi terdiam sejenak, fikiran melayang-layang cuba ingat kembali hari-hari lepas..

Kemudian jawab pertanyaan ayah, " orang baru balik dari bilik kawan, semalam sambut besday dia. Hari Khamis baru ni ada meeting, pas tu, malamnya orang g solat hajat jemaah dan dengar ceramah kat masjid. hari Jumaat plak,hmm.....lupa la ayah..apa orang buat pagi tu..(dalam hati,macam mana bleh tak ingat ni,,huhu)..waktu petang orang g rehlah kat tasik. saja, main2 release tension..hari Sabtu plak ayah tau tak, orang g dengar ceramah tok guru sambil solat hajat, tp kat shah alam. sebelum pegi orang tidur, balik pun terus tidur..tu je la ayah." (telah diterjemah dari loghat kelate ^_^)

Balas si ayah, " habis tu bila masa ulangkaji?? cukup ke persediaan tu nak jawab soalan nanti? release tension apa bendanya baca buku pun tak...." 

Alamak, ayah dah marah..huhu..banyak lagi ayah bebel nasihat, biasa la, guru memang macam tu. Sikit lagi penghuni bumi pun nak jadi macam ayah jugak. Kalau ayah tak tanya, tak ingat dah apa penghuni bumi buat sebelum ni..


Dah selesai bagi nasihat, ayah cakap,"ayah doakan anak ayah berjaya, dan kena jaga kesihatan."
Habis minta restu dari ayah, panggilan tamat......



****
Rasa semangat, tak sabar dah nak exam, biar cepat habis..
Mencuba untuk ingat kembali projek 'terbaek' yang penghuni bumi buat dalam saat-saat genting, terima kasih pada ayah sebab bertanya..
Doa mak ayah yang paling berharga buat penghuni bumi..

********
sambutan ulang tahun kelahiran
 p/s : her, maaf banyak2 andai tersilap kata..hehe..kami mohon maaf sebab ayat yg power tu yang tak sengaja kami reka semata-mata nak buat awak nangis..hehe..yes! kami berjaya!


rehlah siswi perdana =)


notes: - saja, sesuka nak post gambar..
         - masa untuk ulangkaji, masih belum terlambat..'The late is better than never',haha.

Ulasan