بسم الله الرحمن الرحيم
Tajuk kali ni, jika diajukan kat sesiapa2 je pasti mencetuskan kontroversi..hehe..eh, ye ke?? Sebenarnya n3 ni jawapan dari penghuni bumi untuk soalan semalam. Soalan apa tu??
Petang semalam ada riadhah untuk exco2 PERDANA, pas 2 ada satu aktiviti menarik..dalam aktiviti tu, peserta bertuah diajukan soalan mengenai poligami. Macam-macam jawapan la yang keluar. Ikutkan hati penghuni bumi rasa nak gak jawab soalan tu..
Tapi bukan diajukan untuk penghuni bumi. So, nak bagi jawapan kat sinilah. Ganti petang semalam, tak boleh simpan lelama, rasa nak terkeluar jugak..hehe..
Ok lah, panjang pulak muqaddimahnya..
Begini lah, bila sebut pasal poligami, maka berebut-rebut lah lelaki untuk mengiyakan bahawa 'poligami sunnah Nabi'. Dalam jiwa mulalah memasang niat untuk berpoligami, mula mencari wanita yang dikatakan arif ilmu agama kerana merasakan wanita itulah yang dapat menerima poligami.
Hakikatnya, wanita tetap wanita. Dan jiwa wanita tetap sama.
Jika mulut mengatakan sudi, hati belum tentu memberi.
Bagi lelaki yang tidak sedar diri, merasakan mampu untuk berpoligami, sedangkan diri pun tak berpunya lagi. Duit pun tak dapat memenuhi poket lagi, sudah memasang niat dan angan-angan. Yang dah beristeri pula, rasa mampu berlaku adil jika berpoligami. Nak menjaga isteri seorang pun belum tentu mampu. Kenapa penghuni bumi katakan begitu?? Jika alasan si suami untuk berpoligami kerana tak tahan nafsu dan isteri tidak pandai melayan kehendak, bukankah tugas si suami membimbing isterinya, memberi tunjuk ajar jika isteri tidak tahu. Kalau si suami tak boleh,
jadi di mana kemampuan dia? Jika isteri kedua pun tak pandai melayan,
adakah si suami akan menambah isteri lagi?
Ini baru satu, belum cerita bab lain.
Nampak macam menetang poligami je kan?? Sebenarnya bukan begitu...Hanya sekadar luahan
hati seorang wanita, yang bakal bergelar isteri suatu hari nanti. Juga sebagai nasihat untuk bakal suami nanti..andai ingin berpoligami fikirlah dahulu, adakah mampu berlaku adil.
Adakah memahami hakikat sebenar sunnah Rasulullah s.a.w itu..sudahkah si suami menyelusuri sirah Nabi dahulu, mengapa dan dengan siapa Baginda berpoligami. Mampukah si suami mencontohi Nabi.
Sabda Baginda :
"Barangsiapa yang mengawini dua wanita, sedangkan ia tidak mampu berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus"
p/s :
wahai sang suami, tahukah engkau jiwa perempuanmu yang bernama isteri?
bila kasih yang engkau beri selama ini, tiba-tiba diminta kembali, untuk dikongsi bersama orang lain?
tahukah engkau sang suami, hati perempuanmu yang bernama isteri bukan kerasnya seperti batu? Umpama halilintar lalu, memanah hatinya bila engkau wahai sang suami menyatakan hasrat untuk itu.
wahai sang suami, tahukah engkau mengapa perempuanmu yang bernama isteri tidak boleh berkahwin lebih dari satu?
fikirlah sang suami, bukan bilanganmu yang berkurang itu menjadi punca.tapi kerana dia tahu engkau tak dapat menerima.
bila kasih dikongsi bersama, insan yang engkau tak kenal siapa..
masakan perempuanmu yang bernama isteri ingin melihat engkau sang suami menderita, batin mu terseksa..
ingatlah wahai sang suami, perempuanmu yang bernama isteri, dia punya hati.
sepertimana engkau, tak dapat menerima jika dia berpaling kasih pada yang lain,
begitulah perasaan perempuanmu yang bernama isteri.
namun kentalnya hati, perempuanmu yang bernama isteri, bila engkau wahai sang suami, memberi kasih pada seorang lagi.
pastinya hatimu tidak sekental itu wahai sang suami, jika isterimu mampu mencari suami lagi, kerana itu, jagalah dan hargailah hati perempuanmu yang bernama isteri.
sesungguhnya Yang Maha Adil adalah Allah, telah menjadikan sebaik-baik ciptaan.
notes:
-tak mau nulis panjang2.
- baca la kat sini jugak eh.
Ulasan
Catat Ulasan