بسم الله الرحمن الرحيم
Sepi..sunyi..seolah-olah aku tidak mendengar apa-apa. Lantas nset dicapai, buka walkman. Lagu berkumandang, memecah kesunyian walau hanya sayup kedengaran. Saja, tak nak ganggu jiran bersebelahan. Rasa nak meneruskan mimpi semalam, tapi sudah banyak kali mencuba mencari mimpi itu, namun tak jumpa-jumpa. Akhirnya tak menjadi untuk lena. Elok saja bertemankan blog ni.
Nset terus berbunyi memutarkan lagu satu persatu sehingga tibalah satu lagu ‘Ku Cari Damai di Hati’. Ahh,,sungguh. Lagu tu menusuk ke hati. Aku memetik baitnya, ‘namun ku punya hati, juga gaya ku perasaan..’. Minda ku berfikir, memutar untuk cuba ingati kembali mengenai diri.
Tersenyum sendiri mengingati ayat seorang teman kepada ku, katanya aku seperti orang lapar berjalan, nampak lemah macam tak makan sebulan. Ada juga berkata, aku nampak ceria selalu seperti tiada masalah berlaku. Dan bila aku masam mencuka, semua pasti tahu aku berduka terus ditanya, “sakit ke hari ni?”. Itulah diriku, sentiasa senyum, kadang-kadang melawak, menyakat orang selalu seolah-olah hidupku tidak dirundung masalah.
Namun tidak selalunya begitu, ada ketika aku pasti muram tapi hanya kerana satu sebab, tidak bukan melainkan sakit. Ya, sebab itu semua teman pasti dapat agak, kalau aku bermuram mesti sakit puncanya, dan bila sakit muramlah wajahnya. Itulah persepsi teman-temanku. Namun tak mengapa, memang begitu hakikat yang berlaku.
Terasa baru sahaja, aku berbual bicara tentang manusia dengan seorang teman, pastinya dia istimewa. Diajukan pertanyaan padaku, jika aku ada masalah siapa yang aku adu. Rasa macam dia sedang berlawak di depanku. Bukankah masalahku diceritakan padanya. Cuma bukan semua masalah itu dapat aku kongsikan dengan teman-temanku. Entah, aku tidak pasti, mungkin aku tidak pandai berkata-kata, meluahkan rasa, dan memimikkan muka. Apatah lagi menumpahkan air mata di depan mereka.
Siapa kata aku tak punya masalah, ujian dunia. Aku juga manusia biasa. Tak dapat lari darinya. Andai besar mana sekalipun ujian itu, aku pasti meluahkannya dengan bersahaja, seolah ujian itu tidak berat mana. Kadang-kadang diselang dengan senyuman, gelak tawa yang terpaksa, cuba aku sembunyikan kedukaan yang terasa.
Ahh..kusut..memang aku tak pandai menimbulkan air mata walau sebesar mana masalah didepan mata. Mesti, pasti temanku menganggap aku tidak apa-apa, selepas meluahkan kata. Aku meluahkan perasaan seolah mereka cerita, hilang bicara. Aku sendiri kebingungan, mencari makna supaya dapat aku berkongsi duka. Lantas aku biarkan ia bergantungan. Rasanya meluahkan pada yang Esa lagi meringankan. Masa itulah air mata mampu mengalir.
Namun apa daya, Allah menciptakan teman untuk menguatkan manusia lainnya. Mengapa tidak air mata ini keluar saja, semasa kami berbicara. Biar teman mampu merasa. Tapi sampai sekarang, aku masih malu, mengadu ujian pada temanku, menitiskan air mata murah yang tidak laku, kerana siapalah aku, apalah sangat ujianku itu yang mampu menarik mereka padaku.
Tapi kerana satu, air mataku mengalir laju di depan temanku, kerana memang aku tak mampu mengawal itu, sakitku punca segala yang berlaku. Dan kerana itu, aku menyayangi sahabatku. Cukuplah dengan itu aku berkongsi dengannya. Tak mampu aku membebankannya. Cukuplah itu membuat aku malu. Meminta lebih dari temanku. Biarlah aku menguntum senyum walau hatiku penuh duri yang menusuk. Bahu tak tertanggung dek ujian yang bertalu. Cukuplah aku berkongsi dengan Yang Satu.
Bukan aku ingin menyimpan rahsia dari teman. Tetapi aku tak bisa menunjukkan rasa, meluahkan kata hati. Namun izinkan aku menyatakan sekali, jika engkau belum mengetahui,
‘Namun ku punya hati....’
Assalamualaikum .rah..emm.kenapa bile baca ayat2 akhir, tertitis jua air mata adah...mungkin memikirkan diriku yg selalu tdk bersama rah..tak memikirkan perasaan rah..huhu.yg penting adah syang sngt2 rah.,.luahlah apa ko adah..adah bersdia..kdng2 rase mcm pntingkan diri jgk.selalu adah luah ko rah..menangis depan rah..
BalasPadamhuhu...xpe adah. setiap manusia ada kekurangan termasuk rah...
BalasPadam