Kecil juga hati ku…

بسم الله الرحمن الرحيم
dari uncle google

Salam buat sahabat. . Moga engkau kuat dalam menempuh cabaran dunia untuk meneruskan kehidupan akhirat dalam bahagia. Terima satu pesanan dari seorang sahabat. Mengkhabarkan kedukaan si kecil hatinya. Apalah ilmu yang ku ada sekelumit cuma, mampu menasihati dirinya yang lebih segala, menceriakan si kecil hati supaya tak berduka. Ya, aku memang tak berdaya, namun aku cuba, dengan menyampaikan berita gembira buatnya.


Tahukah sahabat, bukan kita sahaja yang menumpang di dunia ini. Cuba lihat dunia ini, mungkin kau rasa kecil sedang ia terlalu luas. Kau berjalanlah, kau takkan pernah jumpa penghujungnya melainkan engkau melalui tempat yang sama. Kau cuma melihat apa di depan mata. Pernah kau lihat di negara sana, bagaimana orangnya, bagaimana rupanya, apa warna kulitnya, berapa ketinggiannya, kuruskah dia, gemukkah badan si empunya. Mungkin sahabat lain mu cukup sempurna sehingga kau merasa tiada berpunya apa-apa.  


Siapa lah kita, cuma seorang hamba sahaya. Bermajikan Tuhan Yang Maha Esa. Hidup Cuma bekerja untukNYA. Tapi bukan untuk yang sia-sia, ganjaran menanti di sana. Istimewanya hanya DIA yang mengetahui, kita cuma menikmati sambil mensyukuri. Ya sahabat, kerana hinanya kita, mengapa dihukum ciptaanNYA. Sedang DIA mencipta kita sebaik-baik makhluk ciptaanNYA. Akal kita bukan tak berguna, itulah yang membezakan kita dengan makhluk lainnya. 


Aku melihat mu cukup sempurna segala sifat dan deria. Mengapa engkau masih berduka? Apa yang kau tak miliki, kau khabarkan padaNYA. Pernah kau khabarkan apa yang dimiliki, sebagai tanda kau mensyukuri? 

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: “adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."


Sudah lah, jangan kau bersedih hati. Allah menjanjikan yang terbaik untukmu nanti. Bersabarlah dalam menanti, bersyukur lah dalam ujian ini. aku yakin selepas ini kau akan mengerti.
Inginkah kau mendengar sebuah cerita diri ini, mungkin kau akan geli hati. Tahukah engkau, satu rahsia ini? Aku juga punya si kecil hati. Hehe, mesti kau ingat hati ku besar kan? Tapi, kecil juga hati ku ini. Seperti mana diri mu sekarang ini. 

Benar sahabat, aku pernah berkecil hati. Dalam banyak hal dalam hidup ini. Namun kini aku mengerti, tiada guna berkecil hati, kerana itu bisa memakan diri. Aku sayangi diri. Tak mahu noda hitam menutupi hati. Satu rahsia untukmu, kita perlu mensyukuri nikmat yang diberi. Jagalah, peliharalah ia sebelum dicabut, ditarik kembali. Pasti engkau lebih menyesali akan hal ini, janganlah mencuba menjadi orang yang rugi. Ikhlas dari hati, terimalah diri.




Ulasan

  1. hehe..mekasih rah ats post ni..nasihat yg brguna utk sy..hehe..

    BalasPadam
  2. nasihat yang masuk dalam sanubari..sama2 lah kita berpesan

    BalasPadam
  3. Jamy Yaacob : ye,ye..betul..sama2 berpesan dgn kesabaran dan kebenaran.

    BalasPadam

Catat Ulasan