بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, dapat juga menconteng dinding blog ni.. hari2 jenguk blog sahabat2, tengok bloglist kt sidebar, rupanya sudah 2 bulan blog ni x di update..
Bercerita tentang semester ni, macam2 hal berlaku. Ada yang manis tidak lupa pahitnya. Penuh mencabar..Banyak ujian terpaksa dihadapi. Kadang2 menangis seorang diri hanya DIA yang mengetahui. Tapi alhamdulillah, rasanya dalam sem ni, ukhuwwah dengan sahabat2 PIBA makin erat. Semoga Allah memeliharanya. Yang tidak kenal makin mengenali. Benarlah kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.
Usah dikenang pada yang pahit, sekadar memandang menjadi teladan. Yang manis tidak boleh ditinggalkan kerana menjadi review terbaik untuk kenangan. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yg bersyukur..
Tapi walaubagaimana pun, usaha itu penting jika nakkan KEJAYAAN. Ayuh! Bangun berjuang!
notes : selamat berjuang kepada sahabat2 semua.
Ulasan
Catat Ulasan